01

917 139 68
                                    

"Murid baru ke tu?"

"Hmm not bad,"

"I bet he will be my boyfriend,"

"Yakin je kau,"

Kedengaran suara bisikan pelajar di koridor itu. Mata masing-masing menatap seseorang.

Langkah dia penuh elegan dengan wajah yang dingin. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Sapaan daripada pelajar perempuan juga diabaikan membuat pelajar itu tidak berpuas hati.

Ivarnest Highschool, sebuah sekolah elit yang terkemuka di Korea Selatan. Tetapi, bukan sebarang pelajar yang boleh masuk.

Rata-rata pelajar di situ merupakan keturunan bangsawan. Masing-masing bermegah dengan kekayaan yang dimiliki.

Terdapat juga pelajar yang dapat masuk ke situ dengan bantuan biasiswa. Namun, pelajar ini dilayan dengan tidak adil.

Termasuklah seorang pelajar yang bernama Kim Jia.

Dia sering dibuli, dipukul, duitnya dirampas, disimbah air dan berbagai lagi seksaan yang diterimanya.

Tapi dia mampu berdiam diri sahaja.

Pak

"Aduh, kau ni buta ke?! Jalan tu tengok depan!" Jia ditolak membuatkan dia terjatuh.

Tiba-tiba, sebuah tangan terhulur ke arahnya. Dia memandang gerangan tersebut.

Lelaki itu tersenyum manis ke arah Jia, sebelum menarik gadis itu bangun. Jia sedikit tergamam.

"Awak okay?" Soal lelaki itu.

Jia mengangguk perlahan. Setelah itu, lelaki itu berlalu pergi.

Dia dapat melihat sekilas nama lelaki itu.

Park Jisung.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now