14

548 106 9
                                    

Entah dari mana, Jihoon tiba-tiba berada di rumah Jia.

Tanpa lengah, Jihoon merampas pisau di tangan Jisung. Namun kekuatan Jisung melangkaui batasannya.

Jihoon menendang Jisung dengan segenap tenaganya, membuatkan Jisung tercampak jauh.

Kesempatan yang ada membolehkan Jihoon mengambil pisau itu.

Tetapi Jisung lebih pandai. Sebuah pasu bunga yang terletak berdekatannya diambil lalu dihentak ke kepala Jihoon.

Jihoon memegang kepalanya. Sakitnya hingga membuatkan pandangannya kabur.

"Argh!" Jisung memijak tangan Jihoon yang sempat menikam kakinya.

Jisung segera beredar dari situ.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

"Ergh," Jia sudah terbangun. Sakit kepalanya sudah berkurangan.

Dia melihat Jisung sedang mengemas ruang tamu. Jia melihat jam tangannya. Sudah pukul 3 petang.

Jia meminta izin untuk segera pulang ke rumah. Dia takut appanya akan memarahi dirinya yang tiada di rumah.

Sesampainya di rumah, Jia terkejut melihat pintu rumahnya terbuka sedikit. Dia fikir appanya lupa menutupnya.

Sebaik sahaja dia masuk, dia terkejut melihat Jihoon sedang memegang pisau. Appanya pula sudah terbaring tidak sedarkan diri.

"Jia! Aku boleh jelaskan!" Jihoon memegang lengan Jia dan ditepis oleh gadis itu.

Pak!

"Ikut aku pergi balai polis!" Tegas Jia sambil menampar pipi Jihoon.

Jihoon diam-diam menyalahkan Jisung.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Maaf klu bosan, x ada idea 😔🤲 btw, slow update start mggu dpn :p

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now