15

539 93 3
                                    

"Jia, semua yang kau nampak bukan macam yang kau fikir! Bukan aku yang buat appa kau macam tu!"

Jihoon sedaya upaya menerangkan kepada Jia. Malangnya, gadis itu terus mengheretnya ke balai polis.

"Tuan, saya nak buat laporan!" Teriak Jia sesampainya di balai polis.

"Ya cik, laporan apa tu?"

"Orang ni cuba bunuh appa saya!"

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Selepas siasatan dan soal selidik dijalankan, pihak polis tidak menemukan bukti bahawa Jihoon pelakunya.

"Tapi pisau ni!"

"Cap jari dia di pisau ni tidak terlalu banyak. Itu menunjukkan bahawa dia bukan pelakunya," jelas salah seorang pegawai.

"Tapi kami cuma akan tahan dia selama 1 malam je," Jia menghela hampa.

Dijelingnya Jihoon sebelum berlalu pergi. Dia ingin menenangkan fikirannya.

Appanya sudah dibawa ke hospital. Dia berharap kecederaan appanya tidak teruk.

Jia menendang batu sepanjang dia berjalan. Otaknya kusut memikirkan apa motif Jihoon berbuat begitu.

Atau memang bukan Jihoon? Mungkin Jihoon cuma membantu appanya.

"Ahhh! Kenapa?!" Jia mula mencangkung di tepi jalan dan menghamburkan air matanya.

Kebelakangan ini, banyak perkara yang terjadi.

Sebenarnya, Hayoung asyik menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak tahu apa salahnya.

Dia tidak tahu dengan siapa dia ingin luahkan masalahnya.

Dia terus menangis tanpa menyedari ada seseorang datang mendekatinya.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

Maaf lambat update ✌️

Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now