11

567 104 20
                                    

Tanpa diduga, lampu terpadam sekali lagi.

"SIAPA YANG MAIN-MAIN NI HAH?! BUKA SEKARANG!" Tiada sahutan daripada kawan-kawan Hyewon.

Hyewon mengeluarkan telefonnya. Aplikasi lampu suluh ditekan. Dia menuju ke suis utama.

Tap!

Cahaya menyinari tempat itu. Jisung pula berada betul-betul di belakang Hyewon.

Dengan pantas, leher gadis itu dicekik sebelum Jisung mengelar leher Hyewon.

Hyewon tercungap-cungap sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Bukan sahaja Hyewon, malah kawan Hyewon juga dibunuh.

Sret! Sret!

Kedengaran bunyi seretan. Jisung sedang menyeret semua mayat tersebut.

Mayat-mayat itu diletakkan ke dalam tong sebelum dibakar. Abu mayat pula ditanam.

Kemudian, dia beredar dari situ.

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅

"Choi Hyewon, anak kepada pasangan Choi dilaporkan hilang bersama rakan-rakannya. Siasatan masih dijalankan. Setakat ini, pihak polis masih tidak menemukan sebarang petunjuk,"

Jia terkejut melihat berita pada pagi itu. Ingatannya terus berputar kepada Jisung.

"Nanti bila saya dah bunuh diorang, kita berdua dapat hidup bahagia,"

"Takkanlah dia buat macam tu...," Jia meyakinkan dirinya bahawa bukan Jisung pelakunya.

Tetapi di sudut lain, dia berasa curiga kerana kelakuan Jisung amat pelik.

Ting!

Sebuah mesej menarik perhatiannya. Dibacanya mesej tersebut.

"Hah?"

⋅•⋅⊰∙∘☽༓☾∘∙⊱⋅•⋅


Monster » Jisung [✓]Where stories live. Discover now