S3 : 156

2.1K 245 256
                                    

Taehyung siap mengemas semuanya pukul 7 malam. Puan Min macam biasalah, tak puas hati.

"Auch"

"Sorry sorry.. haih awak ni.. lain kali gunalah parang tu.. ni awak tarik lalang tu guna tangan je memang lukalah jawabnya.. pokok buluh tu pun sama.. dah tahu tajam kenapa tak guna sarung tangan? Aish kan dah luka semua ni" bebel Haneul sambil meletakkan ubat pada luka Taehyung.

"Relaxlah.. sikit je ni.. esok lusa baik lah"

"Hm.. lepas ni kalau eomma suruh buat apa apa awak takyah buatlah.. dia tu sengaja je nak nampakkan yang awak ni pemalas dan tak penyabar.. takyah layan dia tu"

"Ni baru hari pertama, sayang.."

"Ya saya tahu tapi saya takut nanti awak tak tahan dengan eomma.."

"saya pula takut eomma yang tak tahan dengan saya" kata Taehyung selamba.

Dia pasti dia dapat pass semua ujian yang Puan Min berikan nanti.









---




DAY 2




"Masak untuk makan malam harini" kata Puan Min lalu menjeling Taehyung.

"Tu je? Takde mencabar skit ke? "

"Ada. Aku nak kau masak makanan pedas. Bukan pedas biasa, pedas gila. Boleh kan?" sinis Puan Min.

Taehyung mengangguk lambat.

Puan Min dah tahu yang Taehyung tak boleh makan pedas.









---







Taehyung pun masak ikut apa yang Puan Min nak iaitu menu pedas.

Boleh naik gila Taehyung dibuatnya semasa merasa makanan itu.

"Eo? Awak kenapa?" soal Haneul risau apabila nampak Taehyung dari tadi minum air lalu bibirnya seperti bengkak.

Taehyung menggeleng.

"Saya terbahak je masa rasa makanan tu tadi.. takde apa apalah.. dah nak siap ni.. saya nak hidangkan.. awak tunggu kat meja makan" kata Taehyung lalu tersenyum. Haneul dengan was was duduk di meja makan.







---





Taehyung menghidangkan makanan. Yoongi bau makanan tu dah tahu tu makanan pedas.

"Taehyung kau-"

"Makanlah" potong Taehyung lalu memberikan Haneul, Yoongi dan Puan Min pinggan.

Mereka pun makan jelah makanan itu. Puan Min, Yoongi dan Haneul hanya buat reaction biasa. Mereka memang sukakan pedas.

Sementara Taehyung sedaya upaya tahan untuk tak minum air.

Tiba tiba chopsticks yang Taehyung pegang jatuh dan semua memandangnya.

"M-maaf" Taehyung kutip semula chopsticks itu. Tangannya dah menggeletar teruk menahan pedas.

Puan Min nampak keadaan Taehyung tersenyum seorang diri.

"Nah" Yoongi berikan air pada Taehyung. Taehyung pun minum dengan agak gelabah sehingga gelas itu jatuh dan pecah.

"M-maaf" Taehyung nak bangun ambil penyapu tapi malangnya dia terpijak pula kaca gelas itu-

"Oh shit" carut Yoongi lalu papah Taehyung masuk dalam bilik.

Haneul mencerlung Puan Min tajam.

"Eomma ujilah Taehyung macam mana pun, Haneul tetap sayangkan Taehyung dan akan kahwin dengan dia" kata Haneul lalu terus masuk dalam bilik untuk tengok keadaan Taehyung.






---




"Kau tutup mata" kata Yoongi kepada Taehyung. Dia nak cabut kaca pada kaki Taehyung. Agak besar juga.

Haneul memegang tangan Taehyung.

"Kau tahan skit tau" pesan Yoongi lagi. Taehyung mengangguk.

Lalu Yoongi terus tarik kaca itu.

"Jangan buka mata kau-- aigoo" Yoongi menepuk dahinya apabila nampak Taehyung terus pengsan apabila nampak darah yang keluar banyak dari kakinya.

"Haih.. Neul, aku dah balut kaki dia ni.. nanti dia dah sedar kau bagi ubat tahan sakit dalam first aid kit tu" pesan Yoongi sebelum meninggalkan Haneul dan Taehyung.

Haneul memandang Taehyung. Hensem. Kenapalah eommanya sanggup buat macam ni?

 Kenapalah eommanya sanggup buat macam ni?

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.









tbc

sabar, Y/n belum beraksi-- HOHOHO

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu