S3 : 153

2.1K 247 352
                                    

Baru sahaja Haneul nak tutup pintu, tiba tiba Yoongi datang.

"Neul! Boss.. boss accident kat depan tu weh!! Jom!!" Yoongi tarik tangan Haneul.

Haneul dengan rasa berdebar hanya mengikut Yoongi.

Sampai sahaja di tempat kejadian, Haneul nampak ada orang awam nak berikan Taehyung air tapi laju Haneul menepis.

"Jangan bagi air dekat dia. Bahaya" Haneul mencerlung orang awam itu sambil memangku kepala Taehyung.

"S-sayang.." dengan nafas berat Taehyung memanggil Haneul.

"Ye.. saya kat sini.." Haneul mengucup dahi Taehyung lama.

"Mana ambulans bodo" soal Yoongi pada orang awam tadi.

"Otw otw" jawabnya dengan agak takut.

Hampir sahaja Taehyung melelapkan mata tapi Haneul terus bersuara.

"Awak tahu tak, bintang sebenarnya berbentuk bulat?"

Taehyung tersenyum sebelum mengangguk.

"Awak tahu dari mana?" soal Haneul teruja.

"Tiktok" perlahan sahaja Taehyung menjawab sebelum tertawa perlahan.

"Please.. jangan lelapkan mata awak.. kalau dah lelap nafas awak akan perlahan.. please stay awake.." Haneul memegang tangan Taehyung. Taehyung menarik nafas panjang sebelum mengangguk.

Sementara itu, Yoongi hampir membelasah orang awam itu apabila ambulans terlalu lambat tapi ambulans terus sampai.

"Nasib baik dah sampai kalau tak bersepai muka kau!" Yoongi mengacukan penumbuk.






---




"Nasib baik dia masih sedar masa dia sampai hospital...kalau tak ambil masa jugak nak sedarkan dia tu.." kata doktor kepada Haneul. Haneul tersenyum gembira.

Berguna juga thread yang dia baca dekat twitter tadi.




--




"Nah" Haneul suapkan Taehyung makanan.

"Sorry tau selalu susahkan awak.. hiks patutnya saya jadi hero, ni awak pula tolong saya.. tak sweet betol" Taehyung mencebik.

Haneul tergelak.

"Kita jaga sesama kita lah.. ni masa awak susah.. nanti saya susah, awak pula tolong.. kan?" kata Haneul lalu tersenyum. Taehyung mengangguk.

"Hormat single" sampuk Yoongi yang ralit bermain game dari tadi.

Haneul kena soal macam buat jenayah dengan Yoongi selepas Taehyung accident tu. Yela, selalunya Haneul akan bagitahu kalau dia bercinta dengan sesiapa. Tapi ni langsung tak bagitahu.

"Yoongi, kau boleh tolong aku tak?" soal Haneul.

"Apa?"

"Bagitahu eomma aku tak nak pilihan dia.. please.. kau nampak aku bahagia dengan boss kan? Please.." Haneul merayu. Yoongi hanya diam. Tak tahu nak tolong ke tak.

"Please Yoongi...gaji aku bulan ni kau ambil lah semuaa aku nak kau tolong aku tu je... pleaseeeeee"

"Aku tahulah aku ni selalu pinjam duit kau tapi takdelah sampai kena macam ni.. haih yelah nanti aku cuba bagitahu eomma.. aku tak nak janji apa apa.. kau tahu jelah eomma tu macam Mak Cik Milah 2.0.. semua benda tak kena kat mata dia" jawab Yoongi lalu sambung main game.

Haneul mengangguk lalu menghembus nafas berat.

"HELLO EOMMA! HANEUL ADA NAK CAKAP SOMETHING NI!"

Terkejut beruk Haneul dan Taehyung bila nampak Yoongi sedang on the phone dengan eommanya.

"Ha, cakaplah" Yoongi berikan phone kepada Haneul.

Haneul menelan air liurnya takut. Babi punya abang.

"H-hello eomma.."

"Mana pilihan kamu tu?? Kaya ke dia?? Hensem ke?? Boleh diharap tak?? Yang paling penting, dia subur tak?? Kamu tu dahlah tak boleh mengandung. Jangan nak gatal sangat dengan yang subur lagi. Kesian masa depan pilihan kamu tu nanti. Neul layak ambil yang second hand je"

Haneul terdiam. Taehyung yang sudah tahu Haneul tak boleh mengandung mengusap tangan Haneul.

Haneul tengok Taehyung.

Taehyung ambil phone dari tangan Haneul.

"Annyeong Puan Min.. saya Kim Taehyung, CEO Vante Gallery. Saya tahu Haneul tak boleh mengandung. Nak tengok saya hensem ke tak, pegi google" kata Taehyung lalu menamatkan panggilan itu.

Geram juga dia bila eomma Haneul cakap tak berlapik langsung.

"Sayang.. jangan sedih.. saya faham dan saya sudi, sayang.." Taehyung memeluk Haneul.

"Saya tak sempurna.."

"Who said? You are perfect with your own ways.."

"Perfect apa? Saya tak boleh mengandung--"

" semua benda tak mustahil kalau kita usaha, sayang.. saya percaya kita boleh" Taehyung mengucup bibir Haneul.

"So bila tarikh kahwin?" soal Yoongi tiba tiba.

"Eo?" soal Haneul dan Taehyung serentak.

"Lantak ah eomma tu. Aku nak kau bahagia. Kau bagi je tarikh nanti tempat apa semua aku settlekan" kata Yoongi selamba.

"Kau serius?" soal Haneul terharu.

"Ya.. tapi nanti lepas kahwin aku minta claim ah dengan boss.. hehe" Yoongi tersengih.

Taehyung dan Haneul tergelak. Berkira sangat Yoongi ni.

"Panggil Tae je.. hehe Yoongi hyung" kata Taehyung lalu tersengih.

"Ei geli ! Panggil Yoongi dah aa takyah hyung hyung.. geli!"











tbc

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt