S3 : 118

2.4K 239 208
                                    

"Yoonji, jom" Hansung membetulkan rambutnya pada cermin.

"Pergi mana? Tak laratlah.."

"Kita jalan jalan.. mesti Yoonji rindu nak keluar kan?"

"Hm.. malaslah.."

"Jomlah teman appa.." Hansung pout.

"Hm yelaa" jawab Yoonji lalu bangun dari baringnya.

"Yeyy" Hansung tersenyum.

"Yeyy" Hansung tersenyum

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



----


Selepas pergi mall dan macam macam taman tema..

"Yoonji nak pergi mana mana lagi tak?" soal Hansung.

"Vante Gallery kat Geochang.."

Hansung mengangguk dan drive kesana tanpa tahu kenapa Yoonji nak pergi sana.





---



Lepas sampai sana, barulah Hansung perasan yang tu gallery Taehyung. Banyak terpapar gambar Taehyung disana dan itu membuatkan Hansung agak tak selesa.

Yela, muka sama.. pekerja disitu pun dah tengoknya dengan takut. Dahlah datang dengan Yoonji.

"Encik Taehyung--"

"Tak tak saya bukan dia.. saya Hansung nurse kepada Yoonji" laju Hansung kenalkan dirinya kepada pekerja disitu.

Semua pekerja hembus nafas lega. Mati mati dorang ingat Taehyung hidup lagi.





---



"Nilah appa Taehyung.. samakan dengan appa?" kata Yoonji sambil tunjukkan frame gambar Taehyung kepada Hansung.

Hansung mengangguk. Dia sendiri tak dapat beza itu dia ke tak.

"Sama rupa dan impian je.. hm" kata Yoonji pasrah. Baginya Hansung dan Taehyung hanya sama rupa.

"Impian? Apa impian Taehyung?" soal Hansung.

"Dia nak jadi doktor.. tapi dia terlepas exam sebab kena buli"

Hansung mengangguk faham.





---




Hampir malam barulah mereka pulang ke hospital semula. Risau juga Hansung nak bawa Yoonji keluar lama lama memandangkan Yoonji selalu merungut penat.

Selepas memastikan Yoonji tidur, Hansung balik ke rumahnya. Dia memang tak ambil shift malam. Penakut biasalah..




---





"Yoonji tak tidur lagi?" seseorang masuk wad Yoonji.

Yoonji menggeleng. Dia memang susah tidur kebelakangan ni. Kesan sampingan 'ubat' tu.

"Kenapa doktor?" soal Yoonji.

"Ni.. nah ubat" 'doktor' itu memberikan botol ubat itu kepada Yoonji.

"Wahh yesss thank you doktor! Ni nak makan masa bila?" Yoonji teruja.

"Malam. 3 biji sekali gus. Jangan makan depan nurse atau doktor lain tau" 'doktor' itu menggosok kepala Yoonji. Yoonji mengangguk laju.

Yoonji pun telan 3 biji ubat itu sekali gus seperti yang 'doktor' katakan.








---




Keesokkan paginya,

"Sejuknya" Yoonji menyelimutkan dirinya dan menggigil. Bibirnya terasa sejuk teruk.

Hansung tengok Yoonji dengan risau. Ni semua salahnya. Kalaulah dia tak bagi Yoonji ubat itu..

Tadi doktor Haechan dah cakap yang Yoonji makin ketagih dan sistem badan dia mulai terganggu.

Satu satunya cara untuk bagi Yoonji hilang ketagih adalah dia sendiri berubah. Tiada ubat lain.

"Yoonji.. bangun.. tak eloklah tidur sepanjang hari macam ni.." Hansung betulkan posisi baring Yoonji kepada duduk bersandar.

"Hey.. kenapa ni?" Hansung menampar lembut pipi yang macam khayal.

"T-takde apa apa" jawab Yoonji tapi matanya melilau pandang tempat lain seperti takut dengan sesuatu.

"Yoonji.. pandang appa" Hansung palingkan wajah Yoonji memandangnya tapi mata Yoonji tetap memandang tempat lain.

Macam yang doktor Haechan cakap, Yoonji takkan boleh eye contact dengan orang lain. Dia akan pandang tempat lain terus.

Hansung menggenggam erat tangan Yoonji yang dari tadi berketar teruk.

"Sakit.." Yoonji memegang perutnya.

"Sakit? Kat sini?"

Yoonji mengangguk.

Hansung terdiam. Itu salah satu effect 'ubat' itu juga.

Hansung dah cuba cari 'doktor' yang berikannya ubat itu tapi gagal. Satu hospital dia tanya tapi seorang pun tak kenal.

Semalam dia dah hampir dibelasah teruk dengan Jungkook. Nasib baiklah doktor Haechan ada kalau tak memang mati dia dikerjakan.

"Macam mana ni.." Hansung meraup wajahnya kasar. Tak tenang dia dibuatnya selagi tak jumpa 'doktor' itu.













tbc

hiks

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Onde histórias criam vida. Descubra agora