S3 : 151

2.1K 247 225
                                    

Pada paginya..

Haneul terbangun.

"Boss...oo boss.. dah siang ni.." Haneul menggerakkan Taehyung.

"Boss?"

Haneul sentuh dahi dan leher Taehyung.

"Yah boss! Demam boss makin teruk ni.. aish.." terus Haneul pakaikan suit Taehyung pada Taehyung semula.

Haneul tengok phone. Line dah ada. Dia terus telefon Yoongi dan minta tolongnya. Nasib baik Yoongi free.

Haneul ke tandas office dan basahkan sapu tangan yang dibawanya.

Sapu tangan itu dilap pada leher Taehyung dan letakkan atas dahinya.

"Aish kenapalah aku lupa dia demam.. kalau tak aku tak pakai suit dia malam tadi" Haneul membebel pada dirinya sendiri.

Selepas 30 minit, Yoongi datang dan hantar Haneul ke rumahnya.

Taehyung juga dihantar ke rumah Haneul. Haneul nak jaga-

"Demam, tidur pun hensem. Jeles betol aku" Haneul menatap wajah Taehyung.

---

Selepas beberapa jam, Taehyung tersedar. Laju Haneul bantu Taehyung bangun dari baring.

Taehyung tengok sekeliling lalu tengok Haneul.

"Saya pengsan ke tadi?" soal Taehyung dengan muka blanknya.

Haneul mengangguk.

"Haih.. sorry susahkan awak--"

"Takde susahnya boss.. nah bubur.. lepas makan bubur, makan ubat.." Haneul berikan bubur itu kepada Taehyung.

"Suaplah..hm"

"Aish makan sendirilah.. cliche ah boss ni" Haneul roll bola matanya.

Taehyung mencebik lalu makan bubur itu sendiri.








---




"Boss, kenapa boss macam pelik eh sekarang??" soal Haneul ingin tahu. Yela, dulu mereka jumpa sebabkan kerja je. Ni sampai melarat ke rumah.

"Pelik? Pelik apa?"

"Dulu kita jumpa pun atas sebab kerja je.. ni melarat sampai saya kena jaga boss demam ni.. pelik tau"

"Erm. Entah"

Taehyung kawal riak wajahnya. Dia pun tak tahu kenapa dia rasa selesa dengan Haneul berbanding Y/n sekarang.

"Boss bukan ada gf ke? Nanti kalau gf boss serang saya camne?"

"Takkan punyalah. Awak ingat ni manuskrip awak ke?" perli Taehyung. Haneul tersengih.

Mereka diam seketika untuk cari topik berbual.

"Erm Neul.."

"Hm?"

"Kalau saya takde macam dalam manuskrip-"

"Aish apa boss ni! Tu manuskrip novel je.. janganlah ambik serius sangattt" Haneul tampar bahu Taehyung.

"Ya saya tahulah manuskrip je tapi KALAU jadi betul betul, kita siapa nak menidakkan takdir, kan?"

"Haih boss ni.. hm aish sudahlah takutkan saya! Hiks" Haneul sebak bila tengok wajah Taehyung. Serba salah pula dia buat manuskrip tu letak nama Taehyung.

"Dengarlah saya cakap ni, sayang.." Taehyung mendekatkan wajahnya dengan Haneul.

Haneul hanya diam.

"..saya nak bagitahu awal awal yang saya sayangkan awak.. saya tahu ni agak tiber tapi saya.. jatuh cinta dengan awak.." kata Taehyung lalu menunduk.

Haneul terdiam.

".. saya takut tak sempat nak bagitahu jadi macam dalam manuskrip awak tu.. s-saya sukakan awak.."

"B-boss nak tahu tak?" soal Haneul gagap.

Taehyung memandang Haneul dengan pandangan redup. Entah kenapa dia rasa tenang sangat bila tengok Haneul.

"..s-saya sukakan boss sejak hari pertama saya kerja dekat gallery tu lagi.." jujur Haneul lalu menunduk. Takut kena marah.

Taehyung tersenyum lalu menghadiahkan ciuman di pipi Haneul.

"Thank you, sayang.." Taehyung memeluk Haneul dengan erat. Tak pernah dia rasa sebahagia ini semasa dengan Y/n.







--






Haneul dan Taehyung menjalinkan hubungan dalam diam. Yoongi, Y/n, Jungkook dan Baekhyun langsung tak tahu.

Adalah Jungkook mengusik Taehyung tapi dia tak syak serius pun. Sengaja mengusik.

"Saya ada kerja kat luar harini.. dinner cancel, boleh sayang? Sorry.." bisik Taehyung kepada Haneul.

Haneul mengangguk lalu mengusap kepala Taehyung.

"Oh my god....." terus terjatuh aiskrim yang Yoongi pegang apabila nampak Haneul mengusap kepala Taehyung.

"Apa kau? Aku nampak ada habuk kat kepala boss, aku lap lah" tipu Haneul. Yoongi menghembus nafas lega.

"Aku tak nak boss jadi adik ipar aku je nanti. Ingat, eomma nak kau kahwin dengan pilihan dia. Bukan pilihan kau" kata Yoongi lalu berlalu dari situ.

Taehyung dan Haneul terdiam. Macam mana mereka nak teruskan?












tbc

Sorry late update 😭

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Where stories live. Discover now