S3 : 105

2.9K 283 214
                                    

"Aku, Yeon, Jihyun dengan Yoonji nak pergi mall kejap.. Haneul tak ikut.. kau nak ikut?" soal Jungkook sambil menyikat rambutnya.

Taehyung menggeleng. Haneul tak pergi, dia tak pergi jugalah.

"Okay.. apa apa call tau"






---






Haneul sedang menyiapkan assignment nya. Nak je Taehyung tolong tapi dia tak boleh.

Haneul memandang lama assignment itu dan garu kepalanya tak tahu. Dia tak faham langsung.

"N-neul" Taehyung memanggil.

"Ye? Nak apa apa ke?"

"T-tu" Taehyung nak Haneul berikan kertas assignment nya itu kepadanya. Dia nak tolong juga.

"Ni?"

Taehyung mengangguk.

Haneul pun tunjukkan assignment nya itu kepada Taehyung.

Haneul berikan penselnya. Taehyung tuliskan jawapan assignment itu. Mujurlah tangannya tak lumpuh sekali.

"Ooo camtu rupanya.. hehe thanks" Haneul kucup pipi Taehyung sekilas.

Taehyung tersenyum. Kalau dia dalam keadaan biasa, Haneul memang takkan berani macam tu.






---










Haneul gosok belakang Taehyung yang sedang muntah itu. Doktor ada cakap, memang ada side effect nanti. Jadi mungkin nilah side effect ubatnya.

Dahlah memang yang tak larat dah, tambah pula muntah memang penat lah.

"Awak baringlah.. saya buatkan bubur jap" Haneul baringkan Taehyung dan dia terus ke dapur.

"Kenapa aku hidup kalau aku selalu menyusahkan orang.."

Haneul sepatutnya menyiapkan assignmentnya tapi kena jaga Taehyung pula.







---







Selepas Haneul selesai suapkan Taehyung bubur, dia pakaikan Taehyung mesin yang menjadi bantuannya untuk hidup itu.

"Saya nak siapkan assignment kejap.. awak boleh tunggu kan?" kata Haneul sambil membetulkan posisi baring Taehyung.

Taehyung mengangguk. Haneul pun masuk ke biliknya dan buat assignmentnya.

Macam yang doktor cakap, Taehyung akan terseksa kalau dia hidup. Seperti memaksa dia hidup pun ada sebab memang Taehyung perlukan mesin.






---





"Appa! Kami dah balik!" Yoonji dan Jihyun bersorak gembira.

Taehyung hanya tengok. Nak bernafas pun sesak. Macam mana nak jawab?

Yoonji dan Jihyun tolong Taehyung tukarkan posisi baringnya kepada duduk.

"Appa sesak nafas ke?" Jihyun risau nampak Taehyung yang seperti nak tak nak je buka mata.

Yoonji yang agak takut terus memanggil Jungkook.

"Hyung? kau nampak aku kan?"

Taehyung tak menjawab apa apa. Matanya melilau tengok sekeliling seperti sakit.

"Jihyun, on kan mesin tu" arah Jungkook. Jihyun pun on kan. Dengan agak kalut Jungkook pakaikan kepada Taehyung.

Tapi sama, Taehyung tetap tak merespon kepada Jungkook.

Baru sahaja Jungkook nak call doktor, Taehyung genggam tangan Jungkook seperti nak bagitahu sesuatu.

Jungkook dekatkan telinganya dengan Taehyung.

"B-benarkan a-aku pergi.." bisik Taehyung.

"A-ani! Tak tak hyung please jangan.. aku tak sanggup, hyung.. please.." Jungkook merayu.

Taehyung mengalirkan air matanya. Dia nak sangat hidup lagi tapi dia terseksa. Rasa macam dah mati pun ada.

"Please hyung.. aku akan jaga kau.. aku tak kesahlah kau sakit macam mana pun tapi please jangan tinggalkan aku.. aku tak sanggup..  jangan rasa diri kau bebankan orang sebab kami tak pernah rasa macam tu.. please hyung.. jangan.."















tbc


Hiks seksa weh kalau bergantung mesin 😭💔

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Where stories live. Discover now