S3 : 122

2.4K 287 414
                                    

"Haih bilalah budak tu nak sembuh.. penat tho" Hansung sandarkan badannya pada kerusi. Setiap hari dan hampir sepanjang hari dia jaga Yoonji kecuali malam.

Hansung tengok pantulan dirinya pada cermin.

"Haih.. jarang betul aku penat.. kenapa ni eh.." Hansung baringkan kepalanya ke meja dan cuba melelapkan mata.

Baru sahaja dia nak lena,

"Hansung! Budak tu mengamuk weh!!" jerit nurse lain.

Hansung menepuk dahinya. Baru je dia nak rehat.




---




"Yoonji.. kenapa ni?" Hansung menarik tangan Yoonji dari terus melempar barang dalam wad itu.

"Jangan kacaulah!!" Yoonji menolak Hansung.

"Hey hey kenapa ni?? Siapa kacau Yoonji??" Hansung menahan Yoonji lagi.

Yoonji hanya abaikan Hansung dan hantuk kepalanya sendiri ke dinding secara tiba tiba.

"Yoonji! Hey pandang sini!!" Hansung menahan Yoonji dan tarik tangan Yoonji menghadapnya.

"Kenapa ni?" Hansung menyoal lembut.

"N-nak pil.. hiks" Yoonji menangis.

Hansung mengeluh. Memang ketagih sangat dah budak ni.

"Yoonji.. tu dadah.. bukannya ubat.. Yoonji boleh mati--"

"Boleh mati?? Nak nak!" Yoonji tiba tiba teruja.

"Takyah mengada.. haih habis luka ni.." Hansung meniup luka pada dahi Yoonji dan menggosok lembut.

"S-sama macam a-appa tae..." kata Yoonji. Hansung terdiam.

"Dah.. jangan buat camni.. appa risaulah.." Hansung menggosok lembut tangan Yoonji.

"Hisk.. s-sama macam a-appa tae.."

Hansung mengeluh. Entah apa yang sama pun dia tak tahu.






---





Jungkook selalu datang dengan Yeonmin je ke hospital kerana tak nak Jihyun, Y/n dan Haneul terkejut kalau jumpa Hansung nanti. Silap silap boleh serangan jantung mereka dibuatnya.

Hansung sering takut kalau Jungkook datang kerana setiap kali dia datang mesti Hansung akan dibelasah teruk.

Bukannya dia tak boleh lawan, boleh je tapi dia nurse kat sini jadi kenalah jaga reputasi.

"Yoonji macam mana?" Jungkook menyoal.

"S-semalam d-dia--"

"Yang kau gagap ni asal? Dah cacat dah?" Jungkook menjentik dahi Hansung.

"T-tak! Semalam dia m-mengamuk"

"Mengamuk? Kenapa??"

"Ketagih.."

"Kau ni kan--" Hampir sahaja penumbuk Jungkook mendarat pada Hansung tapi laju Yeonmin menahan.

"Dahlah tu, awak.. kesian dia.. bukan salah dia.. benda jadi dah pun.."

"Masalahnya kalau--"

"Tak payah nak kalau sangatlah kook.. semua orang buat silap.. awak pun pernah cuai masa jaga Taehyung.. kalau awak alert mesti dia ada lagi kan sekarang??, So cukuplah.. Hansung pun dah usahakan.. dadah ni bukan senang nak hilangkan ketagih dia.. mungkin Yoonji boleh mati dalam proses berhenti tu" bidas Yeonmin. Dia dah malas nak tengok Jungkook bergaduh.

"So sekarang awak nak salahkan saya?"

"Awak triggered ke?" perli Yeonmin. Jungkook geram. Dia tak boleh kalau orang memerlinya.

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Where stories live. Discover now