S3 : 120

2.6K 253 285
                                    

Hansung diberikan cuti seminggu memandangkan dia demam. Yoonji pula macam biasa dan nurse lain jagakannya sementara Hansung tiada.

Nurse lain memang takut dengan Yoonji selepas tahu kenapa Hansung boleh demam. Dia masuk wad itu pun hanya hantar makanan dan ubat lepastu terus keluar.





---





Selepas seminggu, Hansung kembali bekerja semula. Dia cuba melupakan apa yang dah jadi walaupun masih takut.

"Kenapa dengan pipi appa?" soal Yoonji apabila nampak kesan cakaran pada pipi Hansung.

"Adalah kucing cakar" tipunya. Kiranya Yoonji tak sedar pun masa dia buat tu. Mungkin khayal.

Tiba tiba Hansung teringat 'ubat' itu. Dia terus tarik bantal Yoonji.

Belum sempat Hansung ambil botol itu, Yoonji terus ambil dan menelan lebih 10 biji pil itu.

"Hey Yoonji!" Hansung rampas botol itu dengan agak terkejut dengan tindakan Yoonji.

Selepas menelan ubat itu, terus mulut Yoonji berbuih.

"Doktor!! WOI DOKTOR APA BENDA YANG LEMBAB SANGAT YA TUHAN AKU SPALAK JUGAK NANTI" jerit Hansung.

Lepas beberapa saat, doktor terus datang.

"Kenapa? Apa jadi ni??"

"Dia telan pil tu lagi banyak sekali gus!"

"Awak ni reti jaga ke tak?! Dah berapa kali--"

"NI BUKAN MASA NAK MARAH SAYALAH! TOLONGLAH DIA DULU!!" jerkah Hansung geram. Nak marah pun kejap kejap lagilah.

"Bawa dia ke bilik bedah.. kena keluarkan pil tu secepat mungkin" Terus doktor bergegas ke bilik bedah diikuti Hansung yang mengangkat Yoonji.



---




"Banyaknya" terkejut Haechan dibuatnya apabila nampak imbasan x-ray Yoonji.

"pil tu tersekat dekat dada dia.. bahaya ni.." Haechan memakaikan Yoonji alat oksigen itu memandangkan Yoonji tak lepas untuk bernafas.

Hansung pula hampir je menangis tapi ditahan. Dia dah anggap Yoonji macam adiknya dah. Memanglah sedih.

"Awak telefon family dia.. saya tak nak janjikan apa apa" kata Haechan lalu memulakan pembedahan itu.

Hansung pun telefon Jungkook dengan takut takut. Memang akan dibelasahlah dia nanti.






----







"Kau ni.. nasib baik Yoonji selamat! Kalau tak memang mampos kau aku kerjakan tahu tak?!" Jungkook membelasah Hansung seperti yang Hansung dah jangkakan.

"S-saya minta maaf.. m- memang saya tak tahu-- uhuk!" Jungkook menyepak Hansung lagi.

"S-sudahlah tu awak.. s-saya terbayang Taehyung.." Yeonmin menarik Jungkook. Sumpah dia terbayang yang Hansung tu ialah Taehyung dipukul Jungkook.

"Doktor mana?" soal Jungkook. Berketar tangan Hansung tunjuk bilik doktor.







---






"Doktor, saya nak doktor tukarkan nurse Yoonji.. si Hansung tu tak reti buat kerja.. muka je sebiji Taehyung tapi tak sama langsung dengan Taehyung yang memang serba tertib tu!" Jungkook menghentak meja.

"Aish bukannya saya tak nak tapi Yoonji tak nak.. dia nak Hansung juga jaga dia.. haritu saya dah tukar sehari lepastu dia mengamuk habis dicakar nurse baru tu.. jadi, memang saya stay kan dengan Hansung je"

"Yoonji tak nak tukar sebab Hansung tu muka macam Taehyung! Aishh"

"Ye, tapi Hansung memang baik dengan Yoonji.. pasal pil tu memang dia tak tahu apa apa jadi memang bukan salah Yoonji dan Hansung.. yang salahnya yang beri ubat dadah tu" kata Haechan lalu membuka cermin matanya.

"Siapa yang bagi masalahnya?? Ni hospital swasta takkan benda ni pun tak boleh handle??" Jungkook geram. Hospital bukan main mahal.

"Hansung tak ingat nama doktor itu dan Yoonji pula tak nak mengaku itu siapa.. Yoonji je yang boleh bantu tapi dia tak nak bagi kerjasama"

Jungkook pun berdecit. Aish.

"Takde klu langsung ke??" soal Jungkook tak puas hati.

"Hansung bagitahu yang dia ingat nama doktor itu bermula huruf B, berakhir huruf N"

Jungkook terpana. Dia dah agak.

"Panggil Hansung.. saya rasa saya tahu tu siapa" kata Jungkook. Haechan pun call Hansung supaya masuk biliknya.




---




Hansung pun masuk bilik itu sambil letakkan ais pada bibirnya yang pecah kerana dibelasah Jungkook tadi.

"Nama yang bagi ubat dekat kau tu Byun Baekhyun betul tak?" terus Jungkook menyoal tanpa menunggu lama.

Laju Hansung mengangguk. akhirnya dia ingat juga.

"Babi betullah setan ni.." carut Jungkook geram.

"Siapa dia?" soal Hansung ragu ragu. Takut dibelasah Jungkook lagi.

"Dia banduan. Dia memang bencikan Taehyung, Yoonji dan satu family Taehyung.. panjanglah cerita dia.. kalau kau jumpa dia lagi, bagitahu aku.. liat betul nate ni nak mampos" Jungkook mengetap bibirnya .











tbc


👆Trailer for
S4: Taehyung x Hansung👆



Dont worry S4 ni pendek je😂 Dah nak tamat ni sebenarnya


Trailer memang nampak seram tapi sebenarnya S4 ni banyak air mata hiks 😭 Sedia tisu ya readers ku sekalian~

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Where stories live. Discover now