S3 : 119

2.4K 252 213
                                    

Hansung terpaksa ambil 24 jam shift kerana risau nak tinggal Yoonji lagi. Tersengguk sengguk dia cuba untuk tak tidur.

Hansung terlelap seketika dan Yoonji ambil peluang itu untuk makan pil itu.

Masa Hansung terjaga, laju Yoonji sorokkannya.

Hansung nampak yang Yoonji sorokkan sesuatu bawah bantalnya.

"Apa tu? Tengok" Hansung angkat bantal Yoonji tapi Yoonji tahan.

"Takde apa apa"

"Habistu kenapa sorok? Bagi" Hansung menadah tangannya.

Tapi Yoonji tak bagi dan Hansung terus angkat bantal itu.

Dan tiba tiba Yoonji mencakar pipi Hansung sehingga luka.

Hansung agak terkedu dan memegang pipinya yang dah luka itu.

Yoonji ambil ubat itu dan berlari keluar dari wad.

"Yoonji!" Hansung mengejarnya tapi laju sahaja Yoonji menghilang.

Hansung dahlah penakut. Silap silap boleh menangis dia duduk dalam suasana gelap di hospital tu.

"Y-yoonji! Sinilah! Appa tak marahlah!" Hansung cuba untuk tak pandang belakang, kiri mahupun kanannya. Takut sangat.

Tiba tiba semua lampu hospital itu ditutup. Berketar Hansung buka flashlight phonenya.

"Y-yoonji.. j-jangan main mainlah!"

Tapi tiada sesiapa menyahut. Memang gelap sangat sangat sampai Hansung sendiri lupa dia dimana.

Dia dahlah lemah semangat. Memang boleh trauma dia kalau nampak benda pelik pelik.

"Y-yoonji-- ARGH!" terus Hansung terduduk dan menutup matanya apabila nampak bayangan lain disitu.

"Appa sinilah!" Hansung dengar suara Yoonji memanggil.

Hansung buka matanya dan nampak kelibat hitam itu dihadapannya.

Terus dia pengsan tak sedarkan diri.







---








Hansung tersedar dan dia sedar je dia dalam bilik mayat.

Jantungnya berdebar sakan. Matanya melilau tengok sekeliling. Dia mencari phonenya tapi tiada. Wajahnya terus pucat lesi.

Hansung merangkak dengan berketar ke arah lif.

Bilik mayat berada dibawah tanah. Memang ambil masa juga untuk naik ke tingkat hospital. Lagi lagi waktu malam. Kalau lif rosak, memang tiada sesiapa perasanlah jawabnya.

Tiba tiba satu peti mayat terbuka.

Hansung pantas menutup matanya. Dia dapat rasa ada benda dihadapannya.

Apabila dah rasa tiada apa apa, perlahan lahan Hansung buka matanya. Tiada apa apa.

"Huh.." Hansung menghembus nafas lega.

Tiba tiba dia rasa meremang dari sebelah kanannya.

Perlahan lahan Hansung berpaling.

Kelibat hitam tadi.

Terus Hansung tak sedarkan diri lagi.





---





Pada waktu siang..


"Hey Hansung! Oi sedarlah!" nurse yang menjaga bilik mayat menjumpai Hansung.

"M-mana benda tu?!" Hansung memeluk lututnya.

"Benda apa? Aku dengan team aku baru je sampai pagi ni lepastu nampak kau tak sedarkan diri kat sini.. kau buat apa kat sini? Bukan lif bilik mayat kunci ke kalau malam?" soal nurse itu.

Hansung mulai meremang semula. Sumpah dia takut benda macam ni. Doktor sendiri tak sarankan dia jaga malam sebab dah tahu Hansung memang lemah semangat.

"Dahlah.. jom aku hantar kau kat atas.." nurse itu memapah Hansung sehingga ke tingkat atas.
















tbc

huehue

[AKAN DIBUKUKAN] Suami Sebelah Meja 2Where stories live. Discover now