40

6.9K 322 9
                                    

3:24 a.m.

Matanya dibuka perlahan. Ada sesuatu yang mengganggu lenanya.

"ARGHHHHHHH!!!" Dia mengerang kesakitan.

"Sayang?"

"SAKIT!!!!!" Nial mula cuak.

"Sakit?!" Dia hanya mampu mengangguk.

"You okay ke tak ni?!" Nial duduk dari perbaringannya dan mendekatkan dirinya dengan Iqah yang sedang kesakitan itu.

"SAKIT!!!"

"Sayang..." Terus terbatal niatnya untuk berkata-kata apabila dia terpegang tilam dan secara drastik nya dia melihat sesuatu yang aneh di atas katil itu.

"Oh my gosh!! SAYANG!!"

"APA?! SAKIT NI!!"

"You're bleeding!" Nial sudah mula naik panik.

Ye. Habis katil itu berlumuran dengan darah. Banyak gila.

"Wait. I'll take your baju and tudung." Gelabah Nial waktu tu. Yang dia boleh fikir waktu itu hanyalah HOSPITAL. Tu je dalam kepala otak dia. Alaaa kalau orang lain pun buat benda yang sama.

Bergegas Nial memasuki ruang persalinan pakaian itu. Nasib dekat. Tapi satu hal lagi. Dah lah dia sorok beg baju Iqah tu kat mana tah. Nasib jumpa, kalau tak...eyyy.

Beberapa minit kemudian, Nial datang ke arah Iqah dengan sehelai cardigan labuh berwarna hitam , tudung sarung dan juga skirt labuh.

Nial menyarungkan cardigan dan skirt labuh itu pada tubuh isterinya dengan pantas.

"You can walk or not?" Laju Iqah menggeleng. Sakit dia tu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Nial mengangkat tubuh itu ala-ala pengantin gitchuw. Tiber.. dan keluar dari kamar tidur mereka.

Nial berhati-hati saat menuruni anak tangga itu.

"Hold on, sayang."

Tangannya sempat mengambil kunci kereta yang tersangkut bersebelahan dengan pintu utama rumah agam tersebut.

Langkahnya dipercepatkan lagi ke arah kereta. Nasib dia parking dekat je. Memang depan muka pintu rumah je..

"Kejap. I locked the door first." Tangannya masih setia memegang di antara bahagian bawah pusat dan alat sulitnya.

"Cepat!! Sakit!!"

"Ye ye. I'm coming." Nial memasuki perut kereta itu dan menghidupkan enjin kereta.

Dia sudah kesuntukan masa untuk menenggu enjin kereta panas terlebih dahulu. Dia terus menekan pedal minyak dan keluar dari perkarangan rumah tersebut.

___________________________________________

Matahari yang memasuki dan menerangi segenap ruang bilik itu membuatkan dirinya terjaga.

Matanya dibuka perlahan. Dia melihat sekeliling bilik itu.

"ARGHH! Sakit!" Niatnya yang ingin duduk itu terus terbatal apabila dia merasa badannya sakit dan juga pedih di bahagian bawah.

Kemudian pandangannya dialih melihat ke arah tangannya yang sudah dicucuk dengan jarum.

"Apesal ni? Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Hatinya ingin sahaja pergi keluar mencari doktor atau jururawat disitu tetapi dia merasakan yang kakinya kebas. Tidak pernah dia merasa kebas macam tu.

"Haihhh. Asal aku rasa macam.... Ishh! Entahlah."

Pintu dikuak dari luar.

"Sayang?" Iqah memandang Nial.

BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now