18

8.5K 507 14
                                    

' ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR..'

Bunyi azan subuh berkumandang.
Selesai sahaja azan subuh berkumandang, Farisha terjaga.

"Wei. Iqah, Dayana. Bangun woi. Subuh mattt!" Farisha mengejutkan dua kawannya itu bangun untuk menunaikan solat subuh.

"Hiyaakk!!" Dayana menggeliat. Dia tido atas kat sorang-sorang sebab kaki dia kan sakit. Lagipun katil bujang. Maksudnya yang lagi dua tu kena lah tido bawah...

"Iqah. Aku memang tak reti pakai kain batik lah wei. Sakit jiwa aku." Ujar Farisha.

"Hahaha. Dah lah. Aku nak sembahyang." Iqah bangun dan keluar dari bilik itu.
Kakinya diatur menuju ke bilik air.

"Ha kau boleh jalan kan, Dayana?" Soal Farisha.

"Kau dukunglah aku." Dayana membuat muka comel.

"Tengkorak kau!" Balas Farisha.

"Eleee."

"Wei Pisha. Kau tak rasa ke mamat gila tu akan cari Iqah?"

"Aku rasa mestilah dia cari. Tapi en aku rasa macam betul dowh Iqah cakap."

"Haa apa yang betul?"

"Better kita lalu lorong kanan. Aku macam tak sedap hati lah sekarang ni."

"Alaa tak ada apa-apa lah. Tapi en aku rasa mak tu mix dengan Cina dowh. Putih gila. Pastu dia cakap macam ada loghat Cina sikit. Kau perasan tak?"

"Ha'ah dowh. Muka dia lawa. Putih. Aku rasa mungkin mak punya mak Cina kot. Eh! Dah lah. Pergi ambil wudhuk!"

"Aku rasa sekarang ni, Iqah macam ada sesuatu yang besar dia sorok dari kita. Tapi dia tak nak share. Aku dapat rasakan." Ujar Dayana.

"Hurm. Hey! Sudahlah! Pergi ambil wudhuk."

"Apa benda yang korang memekak ni?" Ujar Iqah.

"Eh. Tak ada apa-apa. Hehehe." Ujar Farisha.

Iqah membuka laci almari dan mengambil telekung. Kain dipakai dan tudung telekung disarungnya. Dia membentang sejadah mengikut arah kiblat. Dan memulakan dengan takbiratulihram.

"Amin." Dia mengaminkan doa setelah selesai solat subuh.

"Haa. Aku pulak." Ujar Farisha. Iqah membuka telekung yang dipakainya dan diberi kepada Farisha. Kakinya diatur menuju ke arah Dayana yang sedang duduk di atas katil bujang itu.

"Ha. Macam mana dengan kesihatan awak hari ini? Better?" Iqah menujukan soalan kepada Dayana.

"Hurm. Saya rasa macam okay sikit lah doktor." Dayana dan Iqah saling berpandangan sesama sendiri. Cuba untuk menahan tawanya agar tidak mengganggu Farisha.

"Sabar. Tahan. Lepas dia solat kita lepaskan." Pesan Dayana.

"Dah jangan bercakap." Kata Iqah. Diam lebih baik daripada bercakap sebab diorang ni memang mudah terhibur.

Pintu perlahan-lahan dibuka dengan luas.

"Ha. Dah solat?" Mak Milah lah siapa lagi kan.

"Dah mak." Jawab Iqah dengan lembut.

"Kalau macam tu mak nak ke dapur lah ye." Mak Milah menutup pintu bilik itu kembali.

"Eh. Kau solat nak kena kerusi lah kan?" Soal Iqah.

"Haa lah."

"Kejap aku tanya mak."

"Tanya sekali mak masak apa." Iqah menjeling sahabatnya yang duduk di atas katil.

BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now