6

10K 781 10
                                    


SEBELUM BACA..VOTE LAH DULU...BUKAN SUSAH PUN👉🏻👈🏻


"Thanks tau sebab tunjukkan jalan. By the way, I'm Eva" Eva menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Iqah. Iqah menyambut tangan itu kembali.

"Saya Iqah."

" I know that." Membulat mata Iqah apabila gadis itu tahu akan namanya.

"I'm just kidding." Ujarnya. Iqah tergelak kecil.

"Okay kitorang gerak dulu." Sampuk Syah. Lantas Iqah naik ke atas motor itu.

Sempat Eva melambai tangan ke arah Iqah. Iqah membalas tindakan Eva dengan senyuman manisnya.

___________________________________________

"Who is that guy?" Soalnya dalam nada berbisik tapi masih boleh didengari oleh adiknya.

"I think that's a good choice lah bro. Dia senyum je dari tadi. Manis betul. Tapi pasal lelaki tu...maybe her cousin." Kata lelaki yang duduk di bahagian tempat duduk belakang iaitu adik kembarnya.

"Follow them." Arahnya.

"Hey! Chillax bro!"

"I said follow them." Pemandu itu pantas menekan pedal minyak.

Adiknya hanya mampu menggelengkan kepala. Bukan dia tidak tahu akan abangnya itu. Dingin. Kalau dia kata A, A lah. Bukan sahaja dingin tapi PSIKO.

___________________________________________

"AAARGHH!!" Dua gadis itu menjerit keriangan apabila dapat berjumpa dengan sepupunya yang dirindui.

"Lama tak jumpa kau! Tau tak aku rindu gila kat kau!" Ujar Amira sambil memeluk tubuh Iqah.

"Kau ingat kau sorang je ke yang rindu? Aku pun rindu kau lah!"

"Aku rindu dengan pipi pau kau!" Ujarnya sambil memicit-micit pipi gebu Iqah.

Ye pipi dia memang tembam sampai dia pernah digelar apam waktu dia sekolah rendah sehinggalah sekarang.

"Dah dah lah tu. Kang abang campak sekor² dalam sungai tu kang." Mereka bertiga melabuhkan punggung di atas pondok yang dibina oleh Pak Uda dan Syah.

Kalau dia datang sini wajib bawa Amira sebab nanti akan menimbulkan salah faham dan macam-macam boleh berlaku walaupun mereka keluarga. Mereka tahu akan batas mereka.

"Eh Mira. Mak tak bawa apa-apa ke turun bawah ni?" Soal Syah.

Sungai tu belakang rumah dia je.~

"Gila tak de?! Kalau Iqah dah datang mesti dia masak macam-macam! Dia kata lambat sikit sebab dia buat kuih kegemaran Iqah."

"Ha?! Yeke? Aku rasa aku tau apa yang Mak Uda masak." Ujar Iqah.

"Kau kat sini lama ke?" Soal Amira.

"Aku tak tahulah. Eh aku dengar kau nak bertunang? Betul ke?" Sengaja Iqah menukar topik perbualan mereka.

"Ha'ah! Dia dah gatal dah. Bak kata tok Wan kitorang en. Gatal biji namanya tu. HAHAHAHHAHA!" Sampuk Syah

*Sorry kalau korang rasa geli ke apa HAHAHAH

"HAHAHAHAHHAHAHAH!" Gelak besar mereka bertiga.

"Bongoklah abang Syah ni!!" Amira menepuk perlahan bahu abangnya itu.

"Ha by the way, Amira kau nak kahwin dengan siapa dowh?!" Teruja Iqah. Siapalah agaknya jejaka pilihan hati Amira.

"Aku rasa kau tahu siapa. Teka lah." Iqah berfikir sejenak. Siapa agaknya.

BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now