32

6.9K 402 13
                                    

Selepas tamat sesi akad nikah, para tetamu dijemput untuk menjamu selera di khemah yang berada di luar rumah itu. Tetamu tidaklah ramai sangat.


"Buat ke berapa kalinya entah aku nak ucapkan tahniah kat kau. Dah kahwin dah member aku. Huwaaa!" Diya memeluk lengan Iqah dengan erat. Iqah memandang Diya dengan pelik walaupun sudah lali.

"Aku pun nak ucapkan tahniah kat kau. Akhirnya impian kau nak kahwin tercapai juga." Ujar Aleeya.

"Thanks."

"Esok awal pagi kau ada buat reception lagi kan?"

"Ha'ah."

"Haa mantap! Diya esok awal pagi kita rempit pergi rumah Iqah."

"Mantap! Kau tunggu aku esok! Aku nak pakai baju yang paling gempak. Biar semua orang pandang aku sorang je tak yah pandang pengantin lagi dah. Sebab aku yang paling menyerlah dekat sini esok. Nantikan." Iqah dan Aleeya sudah mencebik bibir.

"Yelah Diya. Suka hati kau lah nak buat apa pun." Iqah dan Aleeya sudah malas mahu melayan kerenah Diya.

"Haa esok kau buat kat Dewan Majestic tu kan?"

"Ha'ah." Jawab Iqah.

"Okay. Mantap."

"Assalamualaikum." Tiga gadis itu menoleh ke belakang.

"Waalaikummussalam." Jawab mereka serentak.

"Pisha? Kau betul kan Farisha?" Kata Iqah.

"Ye. Betullah ni aku, Farisha."

Iqah menilik wajah Farisha yang mulus itu. Ditolaknya pipi Farisha ke kanan dan ke arah kiri.

"Kau ni dah kenapa, Iqah? Tolak tolak muka aku ni?"

"Kau okay tak ni?"

"Okay je. Kau kenapa?"

"Engkau tu kenapa!??"

"Apesal aku pulak?"

"Yelah! Aku chat tak reply, call tak angkat. Macam mana aku tak pelik, risau pe suma!" Farisha menundukkan pandangannya.

"Iqah, kau ilek aaa jangan marah-marah." Diya mengusap lembut belakang badan Iqah.

"Kau tau tak yang aku risau!"

"Ye aku tau tapi kan dia dah ada kat sini. Depan mata kau lagi kan. Sudahlah tu." Diya sedaya-upaya untuk melembutkan hati Iqah.

Iqah menghembuskan nafasnya.

"Aku tak marah cuma aku risau."

"Ye aku tahu tu." Diusapnya lagi belakang Iqah dengan perlahan.

"Sorry. Tapi bukan salah aku, salah si tak guna tu."

"Siapa?" Soal mereka bertiga.

"Emm takde pape lah."

Iqah memandang Farisha dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan.

"Emm wei, Iqah. Aku dengan Diya balik dulu eh sebab rumah aku kang tak de siapa nak tunggu lagipun si mangkuk ni mana boleh lama-lama." Ujar Aleeya.

"Haa okay. Hati-hati."

"Bye! Selamat pengantin baru!" Sempat mereka berdua melafazkan ayat itu sebelum melangkah pergi meninggalkan Iqah dan Farisha.

"Dayana dah lepas. Takkan kau tak lepas lagi kot?"

"Tak. Aku pun akan jadi macam kau jugak tapi kau lagi teruklah."

"Haa?"

"Nanti aku ceritakan kat kau."

BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now