8

9.2K 706 9
                                    

Sebelum you guys baca, tekan button vote tu dulu.. please... Kalau tak nanti aq akan menghantui malam mu~ hihihihi...xdelah



"And I will always love you uuuuu~" Iqah menyanyi sambil tangannya membuka pintu bilik.

"Haish! Macam mana lah aku boleh lupa bawak kau?! Dah lah ramai gila spam call aku. Ni lagi sekor! Dari haritu satu tick! Takkan dia block aku kot? Tapi nasib gak lah aku tak letak dp pe semua tapi still boleh tengok aku online even dah tutup last seen pun." Bebel Iqah.

"Dah lah. Aku nak pergi warung, nak makan!"

Iqah melangkah ke dalam warung yang berhadapan dengan rumah Nek Teh.

' Apasal aku rasa nak muntah eh? Aku rasa badan aku tak sedap lah. Tapi kenapa tiba-tiba je? Tapi sumpah rasa nak muntah. Peninglah kepala aku.' Iqah menutup mulutnya dia menahan dari mengeluarkan isi yang menjijikkan itu.

Sampai sahaja Iqah di warung itu, Nek Teh terus mendekatinya.

"Iqah, kamu okay tak ni?" Iqah mengangguk lalu tersenyum.

"Kalau tak sihat balik. Jangan paksa diri."

"Alaa Iqah pening sikit je. Nenek janganlah risau ya." Dengan mata kuyunya Iqah melangkah pergi ke arah Syah. Nek Teh menggeleng.

"Abang."

"Tadi abang tengok pun Iqah macam tak sihat. Kenapa tiba-tiba je macam pucat semacam?" Soal Syah sambil tangannya membuka lipatan nasi lemak.

"Entah. Iqah pun tak tahu lah kenapa. Dia macam tiber je." Syah tergelak kecil.

"Nah makanlah." Iqah menggeleng. Dia tidak mempunyai selera untuk makan. Syah memandangnya dengan pandangan risau.

"Kalau macam tu Iqah balik je lah. Jangan paksa diri kalau tak larat." Syah memandang wajah pucat dihadapannya itu.

"Aduh! Sakitnya perut aku!" Iqah memegang perutnya. Syah memandang dengan pandangan yang risau.

"Iqah. Balik. Meh abang hantar tak pun nenek yang hantar. Lepas nenek dah tutup warung ni abang bawa gi klinik."

"Alaa sikit je ni."

"Jangan degil." Iqah mengerutkan dahinya menahan sakit. Betul kata Syah dan NekTeh, dia perlu berehat.Dia mahu pulang ke rumah. Dia betul-betul pening dan perutnya sakit. Dia memang selalu sakit perut jadi dia sudah tahu apa yang perlu dibuat.

Dia melangkah perlahan-lahan untuk keluar dari warung itu. Kepalanya makin lama makin sakit tambahan pula dengan sakit di bahagian perut.

Dia memegang kepalanya. Dan akhirnya dia rebah dia atas lantai warung itu. Semua yang berada di situ terkejut.

Nial yang sedang duduk dan mahu menikmati makanan itu bingkas bangun untuk mendapatkan tubuh Iqah yang sudahpun terbaring di atas lantai. Dia menampar lembut pipi Iqah.

"Tak pe. Biar aku yang uruskan dia." Ujar Syah tanpa melihat wajah lelaki itu.

Nial mengendahkan sahaja Syah. Dia mencempung tubuh Iqah dan membawanya ke dalam kereta mewah miliknya. Di letaknya Iqah di tempat duduk belakang. Syah terkesima dengan tindakan lelaki itu tapi bukan bagi Nek Teh.

"Eh nak. Biar nenek ikut." Ujar Nek Teh. Nial mengangguk dan memberikan senyuman. Nek Teh melangkah masuk ke dalam kereta. Dia duduk si sebelah Iqah.

"Syah kamu jaga warung ye." Syah mengangguk.

"Tuan Nial, biar saya yang drive." Ujar pembantunya.

"Tak payah. Korang tunggu sini. Kalau nak balik, pandai-pandai lah korang balik." Nial bergegas masuk ke dalam perut kereta dibahagian pemandu. Dan kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan warung itu.

BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKOWhere stories live. Discover now