✘ Special I ✘

Start from the beginning
                                    

Hud mula menggaru garu kepala tanda sedang berfikir.

"Kenapa ummi tergoda kalau baba tak pakai tuala? Mi, tergoda tu apa?"

Mendengarkan pertanyaan Hud, Arisya tepuk dahi sendiri sebelum menjeling tajam ke arah Fyraz yang tayang sengih tak bersalah.

Inilah salah satu contoh pengaruh tak baik. Pengaruh daripada bapak sendiri.

"Tak ada apalah. Dah, Hud meh sini dekat ummi."

Arisya menggamit Hud ke arahnya. Hud tanpa banyak soal akhirnya menurut tanpa bertanya lebih lanjut tentang persoalannya tadi.

"Abang gurau je..." Fyraz menggumam perlahan namun sempat patah katanya ditangkap Arisya.

Fyraz, Fyraz...tingkahnya makin manja dari hari ke hari.

Fyraz sudahnya mengalah juga. Tak berani nak merasa cubitan ketam lagi.

"Kenapa abang tak kejut Sya je tadi? Abang kan penat, baru balik kerja." sambil menyiapkan Hud, Arisya menyoal Fyraz yang sedang menyarung baju di sebelahnya.

"Penat penat abang pun, takkan nak bagi Sya buat semua benda. Sya pun mesti nak rehat kan? Uruskan Hud, tu yang dalam perut tu lagi." ujar Fyraz sambil bibirnya terjuih menunjuk ke arah perut Arisya.

Ya, tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi dan anak kedua mereka bakal lahir melihat dunia.

Arisya tersenyum bahagia mendengar jawapan Fyraz.

"Okay, hensem dah anak ummi ni!" rambut Hud disikat rapi dan pipinya ditempekkan bedak.

"Maceh ummi!" Hud mencium kedua dua belah pipi Arisya sebelum turun dari katil.

Anak patung kesayangannya yang entah bagaimana tercampak jatuh di atas lantai dikutip lalu diheret keluar dari bilik sambil bibirnya menggumam entah menyanyi atau berzikir.

Fyraz naik memanjat katil lalu dilabuhkan kepala ke ribaan Arisya sebaik sahaja bayang Hud tidak kelihatan.

"Abang nak tidur dulu ke? Tak apalah, nanti lagi setengah jam Sya kejutkan." Arisya menyoal apabila Fyraz kekal senyap. Bila dilihat, matanya sudah pun terpejam.

Fyraz yang ternyata masih belum dibuai lena itu semakin merapatkan kepalanya ke perut Arisya sambil sambil dihirup wangian dari tubuh isterinya.

Dia sukakan bau itu. Menandakan kedudukannya dengan Arisya benar benar rapat tanpa jarak hatta satu inci. Dan benar, dia sangat selesa dengan keadaan mereka sekarang.

"Abang?" Arisya memanggil lagi.

"Taknak tidur. Nak manja manja dengan Sya." ujar Fyraz selamba lalu bibirnya dimuncungkan dengan mata yang masih terpejam rapat.

Isyarat minta dicium.

Arisya sembunyi senyum melihat kelakuan Fyraz. Tidak menunggu lama, bibir merahnya mendarat di dahi Fyraz, turun ke pucuk hidungnya lalu dilekap lama ke bibir merah milik lelaki itu.

"Mmuahh!" sengaja Arisya menambah sound effect apabila melepaskan ciuman membuatkan Fyraz hampir saja menggeletis suka.

Dapat kiss kot, siapa tak suka?

Sengaja hidung mancungnya pula digesel gesel lembut dengan perut Arisya yang makin memboyot itu menyebabkan Arisya menahan kegelian walaupun masih dilitupi baju.

"Baby ada nakal nakal tak harini?" Fyraz menyoal Arisya lalu baju sang isteri disingkap ke atas mendedahkan perutnya lalu dicium lembut.

Spontan, dapat Fyraz rasakan tendangan dari dalam.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now