Aku cukup bersyukur apabila masih diberikan peluang untuk berada di sisi lelaki ini. Hampir tiga bulan Fyraz koma akibat terlalu banyak kehilangan darah kerana kejadian dulu. Tak pernah walaupun sehari, doaku buatnya luntur.

Begitu juga dengan rasa aku terhadapnya.

Alhamdulillah, Fyraz cukup kuat sehingga berjaya melewati fasa kritikalnya. Dan hari ini, dia masih bernafas, berdiri di hadapan aku dengan pandangan yang sarat dengan cinta darinya.

"Nak baby..." aku hulurkan tangan pada Fyraz dan Fyraz hanya menurut.

Dia mengambil tempat di sebelah aku dengan duduk di birai katil sambil merangkul erat pinggang aku.

Wajah suci kiriman dari syurga itu aku pandang dengan senyuman.

"He got your beautiful pair of eyes."

Anak mata kelabu milik anak kami itu aku renung lama sebelum haruman semula jadi dari tubuhnya aku hirup lama.

Bau dari syurga...

Dan...ternyata frasa 'anak kami' itu terlalu mendatangkan bahagia buat aku.

"And he got your sexy lips, sayang." seculas bibir merah kecil itu diusik Fyraz.

Aku dan dia berbalas renungan, sebelum tawa kami terletus perlahan.

"I'll name him, Tengku..."

Fyraz berjeda seketika. Matanya dipicingkan dan dagunya diurut tanda sedang berfikir.

"Hud. Tengku Hud Mateen Al-Khaliq." ujar Fyraz sebelum mengusap lembut kepala si kecil itu.

Bayi kecil itu sedikit merengek dalam pangkuan aku namun mudah saja ditenangkan kembali oleh Fyraz.

"Tak panjang sangat ke?" aku turut berfikir sebelum mengangkat sebelah tangan, mula mengira.

4 patah perkataan.

"Campur lagi bin dengan nama abang..." sekali lagi aku mengira.

"Ha, dah jadi sembilan patah perkataan tahu?" sedikit sebanyak aku kurang bersetuju dengan cadangan Fyraz.

Tengku Hud Mateen pun dah cukup rasanya. Penat la nanti anak aku nak tulis nama dia sendiri.

Aku mengalihkan pandangan ke arah Fyraz, namun Fyraz seakan leka merenung wajah aku.

"Sayang jangan comel sangat boleh tak? Dengan pipi tembam merah merah, membebel macam mak mak, ada yang tak habis pantang kena terkam jugak dengan abang nanti." selamba Fyraz berbicara 'kotor' dengan nada mengugut.

"Aduh, sayang! Sakit!" Fyraz mendesis apabila lengannya aku tampar sedikit kuat hingga mengeluarkan bunyi. Aku jeling Fyraz satu das.

"Apa cakap depan anak macam tu? Tak eloklah." aku menegur Fyraz yang masih menggosok lengannya yang aku tampar tadi.

Fuh, hiperbola betul dia ni. Bukannya kuat pun aku buat dia tadi.

"Alah, abang gurau jelah. Jadi eh, nama tu?" Fyraz kembali semula dengan topik awal perbincangan kami.

"Okay, abang janji! Hud dah start masuk sekolah nanti, buku buku dia semua abang tuliskan nama." Fyraz angkat sebelah tangannya bagai berjanji.

Bersungguh betul nak nama tu.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now