Wareesa macam kagum sekejap. Dah lama dah dia tak masuk dari pintu utama ini. Dah lupa macam mana rasanya. Lagi kagum bila Fara dan Sara laju sahaja menghampirinya di muka pintu. Dia rasa suka pula. Hehehe. Macam tuan puteri pula dia rasa.

Macam ni ke rasanya jadi Tuan Fauhad, Cik Puan Tihani, Niliyyah dan Hayyan? Seronoknya!

"Eh, Reesa?" Fara datang menyapa. Beg-beg kertas di tangan Wareesa diambil tanpa sempat Wareesa menghalang. Wareesa tak tahu nak beriak macam mana. Dia hanya ucap terima kasih sahaja.

"Ni semua Reesa punya? Wah, belanja sakannya! Maju dah dia sekarang." Sara pula datang menghampiri. Beg-beg kertas yang ada di tangan Cik Zee diambil.

Wareesa hanya senyum. Dia masih lagi tak tahu nak keluarkan buah bicara dengan sambutan Fara dan Sara tadi. Hatinya jadi hiba tiba-tiba.

Cik Zee menggeleng pandang Wareesa. Dari tadi lagi dia geram dengan Wareesa. Sejak bila entah gadis itu boros begini. Pengaruh siapa ni? Satu malam hilang, balik-balik berubah watak begini. Tak boleh tahan, terus Cik Zee pukul lengan Wareesa. Menjerit terkejut Wareesa dibuatnya. Fara dan Sara pula dah tekup mulut. Terkejut dengan perbuatan Cik Zee terhadap Wareesa tadi.

"Ow! Kenapa Cik Zee pukul Reesa?" Tanya Wareesa. Lengannya diusap perlahan.

"Cik Zee tanya. Kenapa membazir?" Soal Cik Zee.

Wareesa julingkan mata sebelum dia peluk bahu Cik Zee. Meh lah dia terang perkara sebenar. Jika tidak, pasti dia dipukul lagi sekali.

"Itu semua Niliyyah dan Hayyan punya lah. Reesa nak membazir macam ni, memang tak lah. Bukan style Wareesa Jameela shopping jenama mahal macam ni. Reesa suka pasar malam, suka bundle. Kan Fara, Sara?" Sengih satu kali di akhir kata.

Cik Zee pandang Wareesa. Ragu-ragu sekejap tapi Wareesa pandai memujuk. Buat dia terpujuk dan akhirnya gadis itu dari tepi dipeluk. Fara dan Sara hanya senyum sahaja. Wareesa ikut senyum sebelum dia ajak Fara dan Sara naik ke tingkat dua. Dia tahu mana satu barang Niliyyah dan mana satu Hayyan punya. Dia mahu asingkan siap-siap. Nanti takde lah siapa-siapa yang akan bergaduh atau dimarahi.

"Lepas siap asingkan dan letak, Reesa berehat ya? Semua kerja dah siap. Nanti nak makan petang dan makan malam, Cik Zee panggil." Kata-kata Cik Zee Wareesa terima dengan anggukan sahaja.

*💐 ੈ♡

HAMPIR lima belas minit, akhirnya barang-barang Niliyyah dan Hayyan telah pun selesai diasingkan.

Memandangkan barang-barang Niliyyah lagi banyak daripada barang-barang Hayyan, Fara dan Sara tawarkan diri untuk bawa masuk barang-barang itu ke dalam bilik Niliyyah. Dan Wareesa hanya mengangguk dan buat keputusan untuk hantar barang-barang Hayyan ke bilik lelaki itu.

Pintu bilik berwarna hitam yang menandakan itu bilik Hayyan dihampiri. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu ditolak. Kaku sekejap dia lihat interior bilik tidur Hayyan. Wow. Cantik. Tak sia-sia lah si Hayyan tu ambil jurusan Interior Design. Memang nampaklah sentuhan di setiap penjuru bilik adalah daripada seorang yang punya citarasa yang tersendiri dalam menyusun atur.

Wareesa mengangguk kecil. Memuji Hayyan dalam diam. Tapi, sekejap sahaja sebelum Wareesa ingatkan diri tentang tujuan asal dia ke mari. Beg-beg kertas di tangannya dikira sambil kaki mula berjalan menghampiri katil lelaki itu.

"Tak sangka aku ada lelaki yang shopping banyak macam ni juga. 7 barang. Pfft. Ni nasib baik aku lari daripada korang, Kalau tak, tak tahu lah banyak mana lagi bilangan yang akan bertambah bagi korang setiap satu." Omel Wareesa sendiri seraya meletakkan beg-beg kertas itu di atas katil Hayyan.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Où les histoires vivent. Découvrez maintenant