Zzup!

Mata Wareesa membulat besar. Tak pula dia bersedia untuk ertembung pandang dengan sepasang mata Waseem.

"Panas ke?" Soalan Waseem buat Wareesa 'eh?' dengan pendek. Nafis pula dah pusing pandang Wareesa. Wajah gadis itu ditilik dan baru dia perasan sesuatu.

"Haah. Awak panas ke? Tak boleh duduk lama dalam lif ke sebab muka awak dah merah. Awak sesak nafas ke?" Bertubi-tubi soalan yang Wareesa terima, buat mukanya makin hangat. Dua lelaki itu dipandang silih berganti sebelum dia pusing hadapan.

"Hu... Ha... Hu... Ha..." Nafas yang tak teratur dibetulkan. Janganlah dia semput. Degup jantung dia ni dah laju sangat.

Lif! Tolonglah cepat sikit sampai ke Ground Floor! Dia tak tahu sama ada boleh handle lagi atau tidak dengan situasi ini. Terjebak bersama Encik Crush dan kawannya. Nasib baik ada Nafis. Tidak lah seksa sangat. Kalau dengan Waseem sahaja, mahu dia betul-betul semput.

"Wareesa?" Suara Nafis bertanya risau masuk ke dalam telinga.

"Okey. Cuma, tu lah. Panas." Balas Wareesa.Tangan pula dah mengibas laju wajah yang dah makin hangat. Oh. Maknanya... Waseem tanya dia panas ke tadi sebab lelaki itu perasan yang wajahnya dah merah lah kan? Huwaaa!!! Malunya!

"Kenapa lambat sangat lif ni." Omel mereka bertiga serentak. Kaku badan mereka bertiga.

Wareesa pusing belakang. Nafis dan Waseem dipandang silih berganti. Mereka berdua juga berbuat yang sama kepada dirinya. Pandang dia, pandang Waseem. Pandang dia, pandang Nafis.

Oh. Wareesa dapat rasa wajahnya makin hangat. Dan dia dapat lihat jelas pipi Nafis yang dah memerah sedikit manakala Waseem pula hanya tundukkan kepala pandang semula telefonnya. Topi yang digayakan snapback tadi mula dipakai dengan betul, menutup sedikit wajahnya.

Terkebil-kebil Wareesa di situ. Dia pandang hadapan semula.

Apa dah jadi ni?

*💐 ੈ♡

CALL LOGS dipandang. Mata menjuling tanda bosan bila hampir 50 missed call yang dia terima adalah daripada Hayyan. Itu baru missed call tau. Belum lagi dia buka WhatsApp. Mesti berpuluh-puluh mesej yang dispam lelaki itu. Entah apa masalah. Dia tak nak balik rumah dah lah. Yang nak berkelakuan begini dah kenapa?

Nombor Cik Zee didail. Wanita itu ada juga menghubunginya semalam. Tapi, tidaklah sebanyak Hayyan. Hanya tiga kali. Fara dan Sara juga. Rasanya tiada apa-apa yang urgent kan? Setakat mahu bertanya dia di mana? Dah makan ke belum? Bila nak balik sebab mereka bosan tanpa dirinya. Hahaha!

Tut... Tut... Tut... Tut...

Sambil menunggu panggilan bersambut, Wareesa sedut Iced Lemon Tea yang dah dipesan tadi. Dua keping roti canai yang dia order tadi belum sampai lagi. Faham sebab nampak dari keadaan restoran mamak ini, pasti restoran ini terkenal. Tengok orang beratur untuk beli bungkus pun dah ramai. Tak campur lagu dengan pelanggan yang dine in. Rasanya dah tak ade tempat kosong. Dia ini kira bernasib baik dapat meja kosong. Hehehe.

"Assalamualaikum, Reesa."

Wareesa tersenyum bila dengar suara Cik Zee. Kedengaran nada lega dari suara yang memberi salam itu.

"Waalaikumussalam Cik Zee."

"Ya Allah, Reesa! Risau Cik Zee! Kenapa Reesa tak angkat call semalam?" Tanya Cik Zee. Suara wanita itu macam nak menjerit, tapi tertahan-tahan. Mesti takut kalau perbualan ini didengari sesiapa. Paling takut didengari cik puan besar yang seorang itu. Bukan boleh reti tengok dia senang.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now