Cruz mengeluh sendiri di situ. Kakinya seterusnya melangkah menuju ke bilik kerja milik bapanya.

Tok! Tok!

Pintu diketuk dua kali lalu dia terus membuka pintu tersebut. Dapat dia lihat Arshen dan bapanya sudah tiba di dalam bilik itu.

Satu sofa di hadapan Arshen diduduki olehnya setelag tiba di sana. Matanya memandang dua orang di hadapannya yang seperti sedang memikirkan sesuatu.

Dia dapat rasanya dua orang tersebut sedang memikirkan masalah adiknya iaitu Rechel. Ketika hari dia tahu bahawa Rechel menghidapi despresi dan beberapa lagi sakit, dia terus memberitahu semua itu kepada mereka. Termasuklah sebab kenapa Rechel itu boleh jadi begitu.

Pintu bilik Rechel yang sudah bertukar itu juga adalah ideanya untuk mengelakkan Rechel membuat kerja itu lagi. Mungkin Rechel tidak tahu tapi sebenarnya Cruz ada kunci kedua pintu tersebut. Jadi sekiranya budak itu melakukan kerja itu, dia boleh terus masuk dengan kunci kedua tersebut.

"So, sekarang Rechel sudah membaik. Tapi itu tak beri jaminan dia tidak akan lakukan semua itu sekali lagi," ujar Cruz memulakan perbincangan ini.

"Kau tak ada cara untuk buat budak tu tak lakukan semua tu lagi ke?" Soal Arshen.

"Aku dah buat apa yang aku dapat dan cara paling last kita ialah kita buat dia kembali jadi Rechel yang kita kenal dulu."

"Tapi macam mana? Kau tahukan banyak benda sudah berlaku antara kita dengan dia. Rasanya dia nak suruh dia buka hati dia untuk terima kita pun macam mustahil sahaja."

Arshen mengeluh apabila mengingati semua kesalahannya selama ini. Dia tahu ketika Rechel kecil dulu dia selalu tidak melayan gadis itu walaupun gadis itu cuba menarik perhatiannya.

Ketika dulu dia selalu berfikir gadis itu adalah penyebab ibunya pergi dan kata itu memang tertanam di dalam otaknya dulu. Tapi sekarang tidak.

Dia tidak pernah fikir seperti kanak-kanak yang suka salahkan orang lain. Dia sedar adiknya bukan penyebab ibunya pergi. Adiknya itu tidak bersalah pun tapi disebabkan hasutan ketika dia kecil dulu membuat dia benci akan gadis itu.

Andai sahaja dia tidak terima hasutan itu mesti hubungan antara dia dan Rechel sangatlah rapat.

"Apa kata kita buat dia tak jumpa dengan orang yang dia tak suka," encik Shawn akhirnya bersuara. Arshen dan Cruz terus menoleh ke arah bapa mereka.

"Orang yang dia tak suka? Siapa?"

"Beth dan aunty Melinda," Arshen tolong menjawab soalan Cruz.

Cruz mengangkat kening dia mendengar nama perempuan pembawa masalah itu. Dirinya juga tak nak berjumpa dua manusia itu.

"Rechel hari tu lakukan kerja tu sebab bergaduh dengan mereka. Rasanya kalau dia halang mereka bertemu mungkin boleh kurangkan despresi Rechel. Lagipun dua orang kalau bertemu dengan Rechel memang akan cari gaduh jer," ujar Arshen memberi pendapat.

Cruz mengangguk faham. Cara itu boleh digunakan untuk mengelakkan despresi Rechel walaupun sedikit.

Dia tahu yang sebenarnya tidak patut berjumpa dengan gadis itu adalah dirinya dan keluarga ini. Tapi dari apa yang dia tahu untuk menyembuhkan Rechel adalah dengan membaikkan hubungan mereka.

Jadi sekiranya mereka tidak berjumpa dengan Rechel sakit itu tidak akan hilang. Dia mungkin akan menetap dan membuat mereka susah mahu bersemuka.

"Dan pasal kes keracunan makanan Rechel tu macam mana?" Cruz menyoal.

"Papa dah tanya dekat chef katanya, apa yang dia masak semua sudah dia rasa dahulu. Dia tidak ada sakit apa-apa seperti Rechel lepas cuba makanan tu. Jadi papa fikir ada orang yang letakkan sesuatu dekat makanan Rechel," jelas encik Shawn.

"Orang letakkan racun dalam makanan Rechel? Siapa orang tu?"

Encik Shawn menggelengkan kepalanya bermaksud tidak tahu. Dia sudah bertemh jalan buntu memikirkan siapa yang berani membuat begitu pada anak perempuannya.

"Jane!" Semua mata memandang ke arah Arshen yang menyebut bekas pembantu rumah itu.

"Perempuan tu kan sebelum ni selalu buat salah dekat Rechel, jadi tak mustahil. Dan paling hairan kenapa dia berhenti tepat ketika Rechel jatuh sakit hari tu," pendapat diungkapkan.

Cruz dan encik Shawn berfikir sejenak. Ada betul kata Arshen itu. Perempuan itu memang sangat mencurigakan sejak hati pertama dia datang kerja kerana setiap kali dia buat salah memang akan terkena pada Rechel.

Dan apabila dia berhenti kerja dengan alasan masalah keluarga juga mencurigakan. Perempuan itu seperti cuba larikan diri dari sesuatu.

"Papa, akan minta orang untuk cari perempuan tu nanti. Tapi sebelum tu, kamu berdua cuba jangan buat Rechel despresi ataupun terlibat dalam keadaan tu. Buat dia rasa tenang dulu sebelum kita tahu jalan untuk sembuhkan dia," ujar akhir encik Shawn menamatkan perbincangan itu.

Kalau korang nak tgk Jane tersiksa, korang sabar sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau korang nak tgk Jane tersiksa, korang sabar sahaja. Aku ada buat side story utk perempuan tu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now