cp 61

3.1K 313 14
                                    

Pandangan yang gelap bertukar terang apabila satu cahaya memasuki mata aku. Kelopak mata yang berat ini aku buka sikit demi sedikit melihat dinding putih di tepat di hadapan mata ini.

Badan aku terasa sangat sakit. Hendak bergerak pun terasa sungguh sakit. Kepala ini cuba mengingati apa yang sudah berlaku. Dan soalan paling utama, aku dimana?

Ini bukan bilik aku. Bagaimana aku boleh ada di sini?

Aku menolehkan kepala aku memandang ke sebelah kiri aku. Dapat aku lihat Ian sedang duduk di tingkat memandang permandangan di luar tingkap tersebut. Lelaki itu tidak perasan bahawa aku melihatnya di sini.

"Ian," panggil aku.

Lelaki tadi terkejut lalu menoleh ke arah aku. Kakinya dengan pantas menuju ke katil ini dengan muka yang sangat terkejut.

"Kau dah sedar?" Soalnya.

Aku mengangguk perlahan. Hendak mengeluarkan suara sudah terasa begitu penat.

Ian tersenyum lalu menekan satu butang tidak jauh dari katil ini. Aku pula hanya memandang lemah ke arahnya. Aku tidak tahu dimana aku dan bagaimana aku boleh ada disini. Tapi jikalau ada Ian, aku tahu tempat ini adalah tempat yang selamat.

"Aku dekat mana?" Soal aku kepadanya.

"Lepas ni aku akan jawab semua soalan kau. Kau kena jumpa doktor dulu," balasnya.

Doktor?

Maksudnya sini adalah hospital. Patutnya macam pernah lihat sahaja dinding depan aku ini. Tempat ini adalah hospital milik abang aku. Aku pernah pergi ke sini dahulu jadi aku tahulah reka bentuk hospital ini bagaimana.

Cakap pasal hospital, aku baru teringat kenapa aku ada di sini. Semua itu sebab aku cuba membunuh diri dengan cara overdose ubat tidur.

Kalau aku ada sini maksudnya rancangan aku membunuh diri itu gagal. Dan mesti keluarga aku sudah tahu akan sakit aku sekarang.

Semua yang aku buat selama ini memang sia-sia. Sepatut mereka tidak perlu selamatkan aku kalau mereka tidak sukakan aku. Biarkan sahaja aku mati. Tak ada kubur pun tak apa. Mati lebih menyenangkan daripada hidup dalam dunia penuh dengan lakonan ini.

"Ian, aku-" ayat aku dipotong.

"Maaf saya lambat. Doktor Cruz tak ada jadi saya ganti," ujar satu suara yang amat aku kenali.

Aku menoleh ke arah suara tadi dan aku terkejut melihat doktor Clarissa di sini. Apa dia buat sini?

Bukankah ini hospital abang aku ke, jadi apa dia buat sini jikalau dia ada hospital sendiri? Tak kanlah dia jadi doktor sini pula.

.
.

Time skip

"Okay, nampaknya dia sudah membaik. Tapi banyakkan berehat," ujar doktor Clarissa.

Ian yang menemani aku di sini hanya mengangguk lalu mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut sebelum dia meninggalkan bilik ini.

Dan sekarang hanya tinggal aku bersama Ian sahaja. Mata aku memandang tajam ke arah lelaki yang masih tersenyum itu.

"Rasanya kau mesti banyak soalankan," ujar Ian dengan nada sedikit bergurau.

Aku mengeluh lalu mengalihkan pandangan aku tidak melihat ke arah lelaki itu. Aku dapat rasakan rancangan aku bunuh diri itu gagal kerana dia.

Kalau bukan dia, siapa lagi. Tak kan lah keluarga aku pula. Hanya dia seorang sahaja tahu kata laluan pintu bilik aku dan keluarga aku tidak akan kisah walaupun aku mati berseorang dalam bilik tu. Rancangan aku memang gagal sebab lelaki ini. Aku tak patut hantar pesanan itu pada lelaki itu.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now