Merinding kulit tubuh Canna mendengarnya, tapi dia tidak mencelah. Tuan Muda Edgar seraya bercekak pinggang dengan bibir mengereng. Dipandangnya Tuan Herzand yang tinggi lampai itu.

            "What? Kalau pasal kerja, cakaplah di depan saya apa yang awak nak bincangkan dengan dia." Balas si tuan muda.

Tuan Herzand merengus kecil.

            "Hm.. apa yang saya nak cakap bukan tentang kerja, tapi tentang hal kami. Boleh berikan kami masa sekejap?" Jawab Tuan Herzand.

Hati Tuan Muda Edgar mulai panas.. dijelingnya Canna seiring sengihannya. Tangannya naik ke dada lalu berpeluk tubuh.

           "Hal peribadi rupanya..? Cakap sajalah di depan saya.. apa yang susah sangat?" Desak si anti kuman.

          Canna menjadi takut akan kedua-dua lelaki itu! Kalau boleh dia mahu larikan diri dari mereka! Pasti Tuan Herzand ingin mengungkit tentang peristiwa semalam dan asyik memohon maaf padanya. Tuan Herzand agak tersentap dengan kata-kata majikan Canna dan langsung tidak membalasnya semula.

            "Canna, apa hal sebenarnya ni? Kamu ada hubungankah sampai nak berduaan?" Tambah Tuan Musa Edgar.

            "Saya tak ada hubungan langsung dengan dia, tuan muda.." sahut Canna.

            "Macam mana boleh wujud hal peribadi kalau tak ada hubungan??" Suara si tuan muda meninggi.

Canna tidak menyahut soalan itu. Mulutnya menjadi bisu seketika.

           "Tolong kawal suara awak, Edgar. Saya dah minta kebenaran dari awak untuk berbicara dengan dia sekejap, tak bolehkah? Apa yang cik Canna jelaskan tu betul. Kami tak ada hubungan apa-apa pun." Tuan Herzand mencelah.

           "Kalau begitu silakan cakap apa yang awak nak katakan pada dia." Tuan Muda Edgar menanti ayat yang ingin Tuan Herzand bicarakan kepada Canna.

Tuan Herzand amat sakit hati dengan sikap Tuan Muda Edgar yang tidak membenarkan dia bersendirian bersama Canna walaupun sekejap. Terpaksalah dia menebalkan muka demi gadis psoriasis di hadapannya ini.

           "Canna, saya tahu awak masih marahkan saya. Buat yang kesekian kalinya.. saya nak mohon maaf pada awak. Saya tak mahu hal kemarin menganggu persahabatan kita." Ulas Tuan Herzand.

Tersengih si anti kuman mendengarnya.

          "Sebenarnya hal kemarin tu tak sengaja berlaku.. saya maafkan tuan." Singkat saja jawapan Canna kerana malu didengari Tuan Muda Edgar yang sejak tadi memasang telinga. Matanya pula tidak lekang dari memandang mereka berdua.

Tuan Herzand tersenyum riang. Raut wajahnya yang tampak bersalah tadi kini bertukar ceria. Lalu Tuan Muda Edgar menyampuk.

           "Dah selesai, kan? Canna mari ikut saya." Katanya.

           "B.. baik.." sahut Canna.

        Disebabkan ingin mengelak dari Tuan Herzand, Canna terpaksa menurut arahan majikannya. Dia berlalu pergi begitu saja tanpa memandang Tuan Herzand lagi. Lelaki kacukan Itali itu sedikit terguris bila ia berlaku. Mahu saja dia mengekori mereka tapi dia menahan diri dari melangkah. Jika dia ikutkan hati, pasti Tuan Muda Edgar akan salah faham lagi. Sudah tentu Canna terkena tempias amarahnya.

Setiba saja Tuan Muda Edgar dan Canna di restoran, lelaki itu terus mengulas tentang hal tadi.

           "Macam perangai budak-budak. Kamu ingat kamu tu belasan tahun lagi ke? Lepas ni saya nak awak sentiasa jauhkan diri dari dia. Faham?"

Touch (On Going)Where stories live. Discover now