Kaki berhenti melangkah. Satu kiosk yang menjual pelbagai jenis roti dipandang. Perut mula rancak berirama setiap kali matanya jatuh pada setiap satu jenis roti-roti yang dipamerkan. Dan tekak mula rasa haus bila nampak mesin air yang sedang berputar, mengacau minuman di dalamnya.

"Ya Allah... ujian betul." Bisik Wareesa pada diri sendiri. Dan tanpa dia sedar kaki dah melangkah menghampiri kiosk tersebut. Makin dia hampiri, makin air liurnya ditelan. Allah, Allah. Gaya dia tak ubah macam orang tak makan setahun!

"Yes miss?"

Ting! Wareesa tersedar. Pekerja yang memakai apron dan topi berwarna coklat tua dipandang. Sengih terukir cantik di bibir.

"You can choose it by yourself. Here the thong and tray." Ramah pekerja itu menutur kata seraya menghulurkan pengepit makanan serta dulang bulat sederhana besar kepadanya.

Makin Wareesa tarik sengih. Pengepit makanan dan dulang itu diambil. Hehehe. Macam ni, memang kena beli lah kan? Orang tu yang paksa. Hehehe.

Tak berfikir untuk kali kedua, laju sahaja tangan Wareesa bergerak mengambil roti-roti yang membangkitkan seleranya. Banyak tak banyak dalam lima jenis roti juga dia ambil.

"Okey, I'm done. And can I get a cup of that orange juice? With extra ice, please." Pesan Wareesa seraya dulang yang dah penuh dengan roti itu diberi kepada pekerja itu untuk proses kira-kira dan pembungkusan.

"Sure, miss. That will  be RM17 in total." Balas pekerja itu sambil tangan sibuk sempurnakan pesanan Wareesa.

Nak terbatuk juga Wareesa dengar harga yang disebutkan pekerja itu. Tapi bila fikir semula, standard lah harga begitu di shopping complex gah begini. Takde apa yang meghairankan.

Okey. RM17 dah terbang melayang. Lepas ni, kalau dia jumpa pengganti begnya, agak-agak berapa angka yang akan hilang? Haih.


*💐 ੈ♡

KERUSI ditarik sebelum Wareesa labuhkan duduk di atasanya. Beg kertas dari kedai berjenama yang ada di tangan, dia letak di atas kerusi kosong di sebelahnya. Begitu juga dia letak beg baru di situ. Tersenyum hambar sekejap dia.

Terkelip-kelip mata memamdang beg itu. Melayang hampir RM200 setelah empat puluh minit dia mencari beg yang sesuai dengan cita rasanya. Tapi, tak apa lah. Apa salahnya keluarkan satu jumlah duit yang banyak untuk satu barang yang boleh beri manfaat kepadanya untuk lima ke sepuluh tahun akan datang nanti. Tak membazir, in shaa Allah.

Ayat penyedap hati aje tu. Hehehe.

Wareesa menggeleng kecil sebelum dia pandang segenap penjuru kedai Baskin Robbins yang menjadi tempat pilihannya. Tidak lah terlalu penuh dengan pengunjung. Okey lah tu. Wareesa suka sahaja keadaan yang seperti ini. Tak ramai orang sangat. Tak terlalu bising. Sedang-sedang. Sebabnya, bila hati tengah sedih atau gusar, percaya lah bahawa kita akan lebih cenderung memilih tempat yang tidak sesak dengan manusia. Satu lagi.  Sesuatu yang manis sangat-sangat membantu. Dan sebab itu juga dia memilih kedai yang popular dengan ais krim ini.

Tinggalkan beg di tempatnya kerana yakin ia selamat di situ, Wareesa terus pergi ke tempat order. Macam-macam jenis aiskrim yang terpamer buat matanya sekali lagi berpinar. Sudah tak tahu nak pilih yang mana satu.

Setelah hampir sepuluh minit, Wareesa berjaya mendapatkan pesanannya. Dengan ucapan terima kasih, Wareesa berlalu dari kaunter dan kembali menuju ke mejanya. Kan dia yakin beg masih di situ. Dalam dunia ni, banyak lagi orang baik berbanding orang jahat. Jadi, tak perlu risau apa-apa.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now