"WOI! KAU INGAT AKU NAJIS KE?" Jerit Hayyan berang. Tercalar egonya melihat perlakuan Wareesa.

Wareesa pandang Hayyan.

"YA!" Dengan jeritan juga dia balas sebelum tangan tonyoh kembali wajahnya. Geram! Biar Hayyan rasa terhina sekejap.

Mendengar balasan Wareesa, Hayyan terus bagi signal ke kanan sebelum dia berhentikan kereta di bahu jalan. Berhenti sahaja kereta, dia terus pusing badan menghadap Wareesa. Gadis itu masih buat perlakuan yang sama.

"Baik kau berhenti sebelum aku sumbat tisu tu dalam mulut kau!" Ugut Hayyan serius. Tajam matanya memandang Wareesa. Dan ugutan itu berjaya buat Wareesa berhentikan pergerakan tangannya dan Hayyan dipandang tajam.

"Heh, kau ingat aku akan dengar cakap kau? Daripada tadi aku suruh kau macam-macam, satu pun kau tak buat. Sekarang kau nak aku ikut cakap kau. That will never going to be happen!" Balas Wareesa berani seraya tangannya bergerak semula mononyoh mukanya. Tak cukup dengan tisu basah, tisu kering pun dia guna sekali. Biar panas hati Hayyan.

Hayyan geram. Tanpa bagi amaran, terus dia cengkam lengan Wareesa. Dan itu membulatkan sepasang mata Wareesa. Hayyan dipandang tidak percaya.

"Are you trying to get my attention?" Perlahan soalan yang Hayyan ajukan. Wareesa dipandang tak lepas.

Wareesa terkaku. Otak berhenti berfungsi sekejap. Dan tika itu dia hilang kata. Hanya tawa sinis sahaja yang terlepas daripada mulut. Tak sangka dengan apa yang dia dengar tadi. Ke dia salah dengar.

"What?"

Cengkaman pada lengan Wareesa dilonggarkan. Riak terkejut Wareesa ditilik sebelum dia senyum sinis.

"Kau cuba tarik perhatian aku kan? Sebab tu kau buat semua ni. Kan?" Penuh yakin Hayyan mengulang kata. Mata tak lepas pandang wajah Wareesa.

"You don't need to do this cause you already get mine, young lady." 

Laju mata Wareesa berkelip. Hayyan yang dah senyum manis dia pandang tak lepas. Dia tengah tunggu arahan otak pada mana-mana anggota badannya.

Pak!

"Adoi! Sakitlah!" Menyeringai kesakitan Hayyan dibuatnya bila Wareesa pukul kepalanya tanpa amaran. Wajah bersahaja gadis itu dipandang kemudiannya. Sebal lagi bila dia lihat wajah tak bersalah tu. Tambah sakit di hati.

"Balasan bila kau terlalu konfiden. Kau ingat kau siapa sampai aku nak tarik perhatian kau? Hello... kau tak pernah tangkap perhatian aku. Faham?" Kata Wareesa selamba. Tolak tepi lah Hayyan terasa ataupun tidak. Tapi dia tak rasa Hayyan berkecil hati dengan kata-katanya. Sakit hati mungkin sebab rancangan lelaki itu nak sakitkan hatinya tak berjaya. Heh. Hayyan. Mana ada kerja lain selain sakitkan hati dia.

"Thanks for the ride even though I never ask for it." Sambung Wareesa sebelum dia buka tali pinggang keledar. Hayyan yang masih menggosok kepala dipandang sekilas sebelum dia buka pintu kereta dan keluar dari situ. Keluar sahaja daripada kereta baru dia dapat bernafas dengan tenang. Kalau tidak, sesak aje nafas sedari tadi. Mujur sahaja dia tak semput.

Wareesa pandang kiri dan kanan, cuba menganalisis keberadannya sekarang. Ada deretan kedai di seberang jalan. Okey lah tu walaupun dia tak pasti dia di mana sekarang. Takpe, nanti dia tengok Google Maps untuk tahu lokasi dia sekarang. Sekarang, apa yang dia perlu buat adalah cari makanan. Dia dah lapar.

Yakin tiada kereta, kaki terus diatur mahu melintas jalan. Baru selangkah dia ke hadapan, tiba-tiba dia rasa ditarik. Menjerit Wareesa di situ. Badan dipusing dan dia lihat wajah Hayyan. Tak sempat dia nak buat apa-apa, Hayyan terus sumbat dia masuk ke dalam kereta semula.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now