Wareesa angkat wajah. Cik Puan Tihani yang memang sentiasa beriak sombong dan masam dengannya dipandang. Tunjuk lah dia memberi perhatian. Nak cepatkan masa sebenarnya. Kalau dia tak ikut apa yang Cik Puan Tihani nak, bila masa pula dia boleh rehatkan diri?

"Aku nak kau cipta apa-apa sahaja alasan supaya kau tak ikut serta di meja makan ataupun ruang tamu malam ni. Apa-apa sahaja alasan! Aku tak kira seberapa bodoh atau seberapa cerdiknya alasan tu, yang aku tahu alasan tu boleh buat suami aku biarkan kau tak ikut serta sama sekali." Dalam mengungkap arahan itu, satu persatu langkah dia ambil menapak ke arah Wareesa. Habis sahaja katanya, habis juga langkahnya. Dan sekarang dia berdiri betul-betul di hadapan Wareesa.

Wareesa mendongak sedikit memandang Cik Puan Tihani. Pandangan dari bawah ini menakutkan. Jelas nampak muka masam bersama lemak di dagu wanita itu. Ops! Dia memang jahat sikit. Hehehe!

"Kau faham?" Bisik Cik Puan Tihani. Wareesa dipandang tajam.

Wareesa diam. Nafas dihembus perlahan sebelum dia menapak satu langkah ke belakang. Takut lah kita.

"Kenapa pula? Kalau pak cik nak saya ada masa makan malam, saya kena ada lah kan?" Tanya  Wareesa berani. Sebenarnya takut juga tapi, buat-buat berani. Biasa lah Wareesa. Kalau mood nak jadi jahat tu datang, takdenya separuh jalan sahaja jadi. Hilang habis kawalan diri yang nak benda ini segera selesai supaya dia dapat berehat dengan tenang.

Cik Puan Tihani lepaskan tawa sinisnya. Sekejap cuma sebelum dia memandang tajam kepada Wareesa. Geram. Berani sungguh gadis ini.

"Kalau aku kata aku tak nak kau ada masa makan malam tu, maknanya kau tak perlu ada lah kan?" Seram sahaja suara itu masuk ke dalam pendengaran Wareesa. Tersekat juga air liurnya nak masuk ke dalam kerongkong. 

"Kau lebih suka aku suruh kau dengan cara lembut macam ni, atau..." Kata-kata Cik Puan Tihani mati. Wareesa dihadiahkan dengan senyuman manisnya yang memang jelas plastik. Sekali lagi, air liur Wareesa tersekat di kerongkong. Ini makin menakutkan.

Zzup!

"Ah!" Terus terlepas jeritan halus Wareesa bila lengannya dicengkap kuat oleh Cik Puan Tihani. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Namun, itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada raik wajah Cik Puan Tihani. Masih lagi dengan senyuman plastiknya. Menakutkan!

"Kau nak aku guna cara kasar? Macam ni?" Habis kata, cengkamannya pada lengan Wareesa dikuatkan. Tambah lagi jeritan kecil Wareesa. Puas!

"Atau deng---"

"Okey! Okey!" Potong Wareesa. Tangan Cik Puan Tihani yang mencengkamnya kuat dileraikan penuh paksa. Bila pergi sahaja cengkaman itu, Wareesa terus mengusap lembut lengannya. Sakit. Perih. Namun itu sedikit sahaja berbanding sakit di hati yang dia rasai kini. Sedih pun ya juga. Sampai hati mak cik kandungnya memperlakukan dia sedemikian rupa.

Cik Puan Tihani tersenyum puas. Bahu Wareesa ditepuk halus sebelum dia pusingkan badan dan berlalu pergi dari situ. Tak menoleh untuk kali kedua kepada Wareesa yang dah bertakung matanya dengan air mata. Bila-bila sahaja tangisan gadis itu boleh pecah. Namun, cepat sahaja Wareesa seka air mata. Dia kena kuat! Dia tak boleh kalah! Dia takkan kalah lagi!

˚ ༘♡ ⋆。˚

T-SHIRT lengan panjang berwarna hitam yang tersarung tubuh, Wareesa padankan sahaja dengan casual jumpsite berwarna coffee. Sekarang dia tengah bersiap-siap untuk keluar dari rumah ini untuk beberapa jam. Atau mungkin juga untuk satu malam. Entah. Tak pasti lagi. Tapi, yang pasti dia sedang ikut arahan Cik Puan Tihani. Beri apa-apa sahaja alasan supaya dia tidak ikut serta dalam makan malam pada hari ini.

Sikat di dalam laci dia ambil sebelum rambutnya yang sudah mencecah ke pinggang disikat rapi. Kemudian dia sanggulkan sahaja rambutnya. Senang. Kalau dia ikat ekor kuda, atau tocang, satu hal pula dia kena sumbat sumbat rambut nanti ke dalam anak tudung. Habis buruk pula ikatan yang dah cantik.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now