Special Story ( Flashback)

22.9K 717 26
                                    

Seperti yang dijanjikan, special story untuk para readers ❤️


🌹🌹🌹

Jari telunjuk mengetuk stereng kereta dengan perlahan tanpa henti. Sempat juga dia berdecit beberapa kali sambil mengerling ke arah jam tangan yang dipakai.

Sudah hampir dua puluh minit Noah menunggu Sufi dalam keretanya namun kelibat gadis itu masih juga belum kelihatan.

Aih, lama betul perempuan ni bersiap. Kata sekejap je. Dah lah senarai barang yang umi bagi terlalu panjang. Bermaksud, banyaklah barang yang perlu dicari nanti. Kenduri doa selamat tu pula akan diadakan pada tengahari nanti, paling lambat pun selepas solat zohor.

Ni kalau tak sempat sampai rumah sebelum mula kenduri, siap lah perempuan tu dia kerjakan!

"Sorry, lambat. Tudung aku buat hal."

Sufi terus menghenyakkan punggung dibahagian tempat duduk sebelah pemandu setelah membuka pintu kereta itu. Mulutnya masih lagi dimuncungkan sambil meniup hujung tudung yang sedang dipakai.

Haih, tudung ni pun. Semalam pakai okay je. Tiba-tiba pula hari ni buat hal.

"Kau tu yang beriya sangat tukar baju ni buat apa? Pakai je lah apa yang kau pakai kat dapur tadi. Buang masa aku je kena tunggu kau."

Gadis itu sudah pun menggulingkan mata. Orang tua ni dah start membebel la pula.

"Hello, aku tukar baju sebab baju aku dah melekat dengan bau bawang. Kau nak ke bau bawang tu melekat dalam kereta kau ni?"

Noah terdiam. Make sense juga. Kalau dia tak tukar baju tadi habislah bau semerbak dalam kereta ni. Confirm muntah hijau!

Sufi terus membuang pandangan ke arah luar tingkap kereta. Annoying betul lah orang tua ni. Sikit sikit nak marah. Ingat dia nak sangat ke keluar ikut lelaki ni? Huh!

"Sufi."

Noah memanggil nama gadis itu dengan perlahan. Tanpa menyahut, Sufi terus memalingkan wajahnya ke arah Noah. Haih, nak apa lagi Noah ni?

"Kau dah fikir ke pasal hal kita?"

Soalan Noah itu sekaligus membuatkan Sufi menghela nafas berat. Itu pun satu hal juga.

Part meminang tu dah betul. Yang tak betulnya kenapalah bagi masa singkat sangat. Dah lah kahwin ni banyak benda nak kena uruskan. Bukannya mudah.Lain lah kalau kahwin koboi!

Ish, kau ni Sufi! Nauzubillah!

"Emm, b-belum. Aku tengah fikirkan lagi."

Noah hanya mengangguk kecil.

"O-okay lah, Aku harap kau dapat fikir sebaik yang mungkin. Jangan paksa diri kau buat semua ni semata nak gembirakan hati orang disekeliling kau. Utamakan perasaan kau tu dulu."

"Jangan risau. Aku tahu lah apa nak buat."

🌹🌹🌹

Noah menolak troli perlahan-lahan sambil menyusuri setiap rak yang berada dalam mall itu. Sekali sekali dia menconteng sedikit senarai barang yang dikirim oleh uminya tadi.

Sufi hanya berjalan dibelakang Noah tanpa bersuara. Bosan betul. Semua barang Noah yang cari sendiri tanpa memerlukan bantuan dia pun. Dia sendiri pun tak tahu nak buat apa lagi.

Rasa macam tunggul pun iya juga ni. Baik duduk je kat rumah tadi. Dapat juga dia mendengar makcik bawang menyembang.

Tiba-tiba, pandangannya jatuh ke atas rak minuman yang berada dalam freezer. Banyak betul minuman pelbagai perisa yang menarik berada disitu.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now