Special Story (3)

30.1K 929 101
                                    

Pintu bilik dikuak perlahan. Matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi diatas katil. Disebelahnya terdapat dua tubuh kecil yang turut terlena sama. Noah melangkah dengan penuh berhati-hati, menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Bau mandian shower itu menusuk ke ruang pernafasan Sufi menyebabkan dia terjaga dari lenanya.

"Eh, ni bukan bau..."

Sufi mencelikkan matanya lalu mengukirkan senyuman.

"Bila abang balik?"

Noah mengelus lembut pipi isterinya itu. Sempat dia mengucup sekilas pipi milik Sufi lalu memeluk isterinya sambil mengiring. Emm, tempat sempit sebab anak-anak dah conquer hampir sebahagian ruang katil mereka.

"Baru je tadi. Sorry kalau sayang terjaga sebab abang."

"Tak apa. Sufi pun tunggu abang sebenarnya. Tapi tertidur pula lepas tidurkan dua ketul ni."

Dipandang sekilas ke arah Qaira Nur Humaira dan Qud Iskandar yang sedang tidur lena. Beginilah rutin mereka jika Noah pulang lambat dari office. Masing-masing memang suka ambil kesempatan untuk tidur di bilik ini dengan alasan ingin menemani dirinya.

"Hari ni sayang okay ke?"

Sufi menjungkitkan bahu. Sejujurnya, dia sendiri pun tak tahu nak terangkan macam mana. Rasa seperti hari ni berlalu dengan begitu lambat sekali. Biasalah kalau dah menguruskan rumah berserta dua orang anak yang agak nakal juga.

"Hmmm... hari ni anak-anak abang luar biasa. Habis dinding ruang tamu diorang conteng dengan permanent marker, belum lagi bergaduh sebab berebut remote tv macam selalu."

Sufi mengeluh kecil lalu bersandar didada suaminya.

"Dulu masa sayang mengandungkan Qud kan abang dah suruh ambil pembantu. Tapi sayang tak nak. Abang bukan apa, kalau kita ambil pembantu, bolehlah ringankan beban sayang. Abang takut kalau sayang terlalu stress, sayang boleh jatuh sakit nanti."

"Abang, Sufi mampu lagi untuk uruskan rumah ni dan anak-anak kita. Tak perlu pun untuk ambil pembantu."

Noah lantas meraih tangan kecil Sufi lalu dikucup lembut tangan itu.

"Abang tahu, tapi tak salahkan kalau kita ambil sorang, sementara Qud dah mula lasak ni. Qaira tu pun abang tahu dia pun banyak akal walaupun dia perempuan."

"Abang tak percayakan Sufi ke untuk uruskan hal rumahtangga dan anak-anak kita?"

Sufi menarik tangannya lalu melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga.

'Alamak, aku ada salah cakap ke?'

Sufi melabuhkan punggung di ruang dapur sambil meneguk segelas air kosong. Tanpa dia sedar, dia mula mengeluh. Serba salah rasanya apabila dia meninggalkan suaminya begitu sahaja.

Bagi Sufi, Noah beriya untuk mengambil pembantu menunjukkan yang Noah sendiri tak mempercayai dirinya untuk menguruskan anak-anak mereka. Padahal dia hanyalah surirumah tangga sepenuh masa, bukannya wanita bekerjaya seperti sesetengah ibu yang lain. Tak perlu pun untuk ambil pembantu.

Ish, mulalah air mata ni nak meleleh. Tadi pun bila Qaira dan Qud bergaduh, dengan dia sekali menangis. Sudahnya dua beradik itu berhenti bergaduh dengan sendirinya apabila melihat ibu mereka tiba-tiba menangis dan merajuk dengan mereka.

Noah menghampiri Sufi yang sedang menundukkan wajahnya diruang dapur. Dia lantas mengusap bahu wanita itu sambil mencium tepi kepala Sufi.

"Sayang?"

Sufi diam. Dia masih lagi menundukkan wajahnya.

"Sorry, abang. Sufi tak dapat jadi mama yang baik untuk anak-anak abang."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now