5

24K 981 24
                                    

Noah hanya menundukkan wajah sementara matanya masih setia menekur lantai bilik itu. Suasana bilik itu pula terlalu sunyi walaupun masih terdapat orang di dalamnya.

Aliyah pula hanya mampu mengusap lembut belakang Noah bagi menenangkan hati anak muda itu. Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat keadaan anak ketika ini.

Namun lain yang pula dirasai oleh Puan Sri Asma. Sungguh, dia terlalu terkejut dan dalam pada masa yang sama juga dia berasa amat marah apabila mendengar berita itu. Sanggup Bella memijak maruah keluarga mereka begitu saja!

"Noah ingat senang-senang nak batalkan majlis macam tu saja? Majlis tu dah tak lama pun, Noah Iskandar. Tiba-tiba kamu nak batalkan! Kamu tak fikir ke apa yang akan jadi dekat maruah keluarga kita kalau kamu batalkan majlis kamu ni?"

Menggigil tangan tua itu kerana cuba menahan marah.

Noah meraup wajah kesal tatkala mendengar nada suara milik tokmanya itu. 

"Noah tahu tokma. Tapi nak buat macam mana , benda dah jadi. Noah sendiri dah tak mampu untuk halang dia."

"Tokma takkan batalkan majlis kamu. Kita akan teruskan macam mana yang kita rancangkan."

Puan Sri Asma mengatur nafas sebelum dia menyambung bicara. Jika sebelum ini dia hanya membiarkan cucunya itu mengikut kehendak sendiri, kali ini dia mahu Noah Iskandar turuti pula permintaannya.

"Tokma nak kamu kahwin dengan Sufi, anak aunty Sari. Ini keputusan tokma. Muktamad!"

Noah panggung wajah. Dia seolah-olah terkesima terhadap permintaan tokmanya itu. Begitu mudah sekali Puan Sri Asma membuat keputusan agar dia berkahwin dengan gadis itu demi menyelamatkan maruah keluarga mereka.

"Mama, takkan sampai macam tu sekali? Nanti apa kata Sari dengan Sufi? Yah taknak diorang terlibat dalam masalah ni. Ni masalah kita, mama."

Aliyah turut terkejut apabila mendengarkan kata-kata ibunya itu. Ini masalah keluarga mereka. Takkanlah tidak ada jalan penyelesaian yang lain sehinggakan terpaksa mengheret orang lain untuk terlibat sama?

Puan Sri Asma memandang tajam ke arah Noah dan Aliyah bersilih ganti.

"Cukuplah dengan apa yang dah terjadi. Sudah banyak kali mama beri Noah peluang sebelum ini. Noah Iskandar, suka atau tidak kamu tetap kena terima keputusan tokma. Yah, ikut mama untuk berjumpa dengan Sarimah."

Aliyah terkedu. Dia bingkas bangun dari duduknya lalu melangkah mengikuti ibunya dari belakang dengan hati yang berat.

Noah mengeluh kasar sebaik sahaja tokma dan uminya berlalu pergi. Dia faham dan dia sememangnya patut diberi hukuman atas apa yang sudah berlaku namun perlukah sampai dia mengahwini gadis itu?

****

Sarimah mengetap bibir sambil mengerling ke arah Sufi yang masih berada di sebelahnya. Permintaan Puan Sri Asma dan Aliyah secara mendadak itu terlalu berat baginya walaupun dia telah menganggap mereka seperti keluarga sendiri.

"Maafkan Sari. Sari tak boleh buat keputusan ni seorang diri. Apapun Sari kena tanya tuan badan dulu. Lagi pula ini melibatkan masa depan Sufi juga."

Sarimah cuba untuk berbicara dengan berhati-hati, bimbang pula kata-katanya bakal menggoreskan hati mereka berdua serta anaknya.

Puan Sri Asma dan Aliyah mengangguk perlahan. Aliyah mengukirkan senyuman segaris. Dia juga faham akan perasan Sarimah ketika itu.

"Tak apa, Yah faham."

Pandangan Aliyah kini beralih kepada Sufi yang hanya senyap sejak dari tadi.

"Sufi, aunty terima apapun keputusan kamu. Aunty minta maaf sangat sebab tiba-tiba melamar kamu dalam keadaan begini."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now