30

21.8K 861 34
                                    

Sudah hampir setengah jam Noah berdiri di hadapan cermin namun tangannya masih lagi terkial-kial hendak mengikat tali leher. Sudahnya dia meleraikan kembali ikatan itu. Tali leher itu kemudian dicampakkan ke tepi sambil berdecit perlahan.

Pergelangan tangan yang sedang berbalut itu ditatap lemah. Dia tidak menyangka bahagian yang sakit itu menjadi semakin teruk dan sedikit membengkak. Nak buat kerja pun terasa perit memandangkan Noah bukannya seorang yang kidal.

Sejak dari tadi Sufi hanya memerhatikan tingkah suaminya sambil menyilangkan tangan ke dada. Sengaja dia mendiamkan diri kerana ingin melihat sejauh mana Noah bertindak tanpa meminta bantuan dari dirinya.

Namun, Sufi akhirnya mengalah. Tidak sampai hati hendak membiarkan Noah seperti itu. Kalau nak tunggu suaminya bertindak, memang takkan jadi apa-apa. Lelaki itu masih lagi merajuk tanpa sebab sampai sekarang.

Sufi merapatkan jarak antara mereka. Tali leher yang dicampak tadi diambil semula. Dia meletakkan tali leher tersebut di belakang leher suaminya. Dia tetap ingin membantu Noah meskipun dia tidak berapa mahir untuk menyimpul ikatan tali leher. 

"Sufi pegang tali leher ni, tapi abang bagi arahan nak buat macam mana. Tangan abang sakit, kan? Biar Sufi yang jadi tangan abang buat sementara waktu."

Noah berdehem. Jantungnya pula serta-merta berdegup kencang sebaik sahaja Sufi berdiri betul-betul di hadapannya. Wajah isterinya juga muram ditambah pula dengan nada suara yang hanya mendatar menambahkan rasa bersalah dalam hati lelaki itu.

Mesti Sufi sedangkan marahkan dia ketika ini. Argh! Apa yang dia dah buat ni?!

Sufi mengemaskan simpulan tali leher itu buat kali terakhir.

"Nanti jangan lupa pergi klinik. Takut nanti bengkak tu melarat pula."

Noah mengangguk perlahan. Matanya mengekori langkah Sufi sehingga ke depan muka pintu. Sufi lantas menutup pintu bilik mereka dan meninggalkan Noah keseorangan dalam bilik itu.

****

Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengahari menandakan waktu makan tengahari sudah pun tiba. Noah bersandar sambil membelek tangannya yang masih berbalut itu. Mujur doktor kata tangannya tidak terseliuh teruk dan akan pulih dalam masa beberapa hari ini. Sudahlah tangan kanan. Nak buat kerja pun susah. Ni nanti nak makan macam mana?

"Bro, makan mana hari ni?"

Fawwaz seperti biasa suka menerjah biliknya tanpa sebarang amaran. Noah hanya menayangkan riak wajah biasa sambil mengangkat tangan kanannya yang berbalut itu.

"Nak makan macam mana, tengok tangan aku ni."

"Eh, macam mana boleh jadi macam ni? Kau jatuh kat mana pula ni?"

"Aku tergelincir kat dapur malam tadi." ujar Noah sambil menilik tangannya yang sudah berbalut itu.

"Padan muka kau. Macam mana kau boleh tergelincir ni?"

Noah terus terdiam. Dia tergelincir disebabkan ingin mengelakkan diri daripada Sufi. Tapi takkan dia hendak menceritakan perkara sebenar kepada Fawwaz pula. Sudah tentu lelaki itu akan mentertawakan dirinya nanti.

"A-aku cuma nak basuh tangan je. Tak tahu pula depan sinki tu licin."

Fawwaz lantas memincingkan mata apabila melihat riak wajah Noah yang seperti menyembunyikan sesuatu. Bagi Fawwaz, Noah kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Emm, jangan kata kau overthinking pasal hal semalam sampai kau jadi macam ni? Kau kata kau percayakan Sufi?"

Noah hanya mengetap bibir. Ceh, pandai pula mamat ni meneka dengan jayanya.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now