14

21.2K 947 54
                                    

Noah bergegas mendaki anak tangga lalu menuju ke bilik tidur Sufi. Dia baru sahaja selesai berbual di telefon bersama uminya sebentar tadi.

Tombol pintu dipulas perlahan setelah Noah mengetuk pintu itu. Bertaut kedua keningnya apabila dia melihat Sufi sedang duduk sambil membongkokkan tubuh di atas katil seperti sedang menahan kesakitan. Wajah gadis itu menjadi pucat lesi. Titisan peluh juga memenuhi ruang di atas dahi.

"Sufi? Kenapa muka kau pucat ni?"

Noah menghenyak punggungnya di sebelah Sufi sambil membantu gadis itu baring dengan posisi yang lebih selesa. 

"Is, perut aku sakit. A...aku senggugut."

"Senggugut?"

Noah menggaru dahinya yang tidak gatal. Buntu kerana inilah kali pertama dia menghadapi situasi seperti ini. Kalau senggugut kena buat apa? Ada kena ambil ubat ke? Atau minum air sahaja sudah mencukupi?  

Sufi cuba mengatur nafas sambil menahan sakit akibat senggugut. Terasa seperti bahagian bawah perutnya dicengkam dengan sesuatu yang sangat tajam. Perit betul!

"Is, tolong aku ambilkan heat patch kat dalam laci meja solek tu, boleh tak? Aku tak larat nak bangun."

"Okay, sekejap aku ambilkan." 

Noah terus menuju ke arah laci yang disebutkan oleh Sufi lalu mengambil heat patch tersebut. Dia kemudian duduk kembali di sisi Sufi dan membuka bungkusan heat patch itu. 

"Kat bahagian mana yang sakit tu? Mari aku tolong lekatkan benda ni."

Tanpa membuang masa, Sufi terus menyelak sedikit baju pijama dan menunjukkan bahagian yang sakit itu kepada Noah. Noah pula melekatkan heat patch itu dengan penuh berhati-hati.

Sesaat Sufi menghela nafas lega. Kesan daripada heat patch itu menyebabkan senggugut makin berkurang. Wajahnya juga sudah kembali normal.

"Kita pergi klinik nak? Teruk sangat senggugut kau ni."

Sufi menggeleng lemah.

"Tak payahlah. Aku rasa dah okay dari tadi."

"Teruk juga senggugut kau ni. Kenapa tak panggil aku kalau dah sakit sangat sampai macam ni sekali?"

Tangan Noah naik lalu mengusap lembut kepala Sufi menyebabkan Sufi tersenyum nipis. Sebelah tangannya pula memegang erat tangan kecil isterinya itu. Dalam diam, Noah berasa lega apabila melihat keadaan Sufi yang bertambah baik berbanding tadi. 

"Aku tak larat nak panggil kau. Tu pun nasib baik kau datang. Lagipun aku tak nak kacau kau. Kau mesti busy, kan?"

Noah mengeluh kecil sambil menggeleng perlahan. Sufi ni pun. Apa gunanya dia sebagai suami kalau dia tak mampu untuk menolong ketika isterinya perlukan bantuan? 

"Sufi, kalau dah sakit macam ni tak apa kalau kau nak kacau aku. Apa gunanya aku ni jadi suami kau kalau kau sendiri tak minta tolong kat aku?"

Sufi terdiam sejenak. Alahai, Noah ni tak habis-habis buat Sufi makin jatuh hati pada lelaki ini.

"Sorry."

Noah mengukirkan senyuman kecil. Sempat juga dia mencuit hidung gadis itu menyebabkan Sufi tersenyum sipu. Tiba-tiba, dia teringat akan tujuan asal dia datang ke bilik Sufi.

"Oh, sebelum aku lupa. Esok, umi dengan tokma nak datang sini. Diorang kata nak bermalam kat sini sekali. Lagi pun lusa hari konvo kau, kan?"

"Oh yeke? Mak pun ada telefon aku tadi. Dia kata nak datang sini pagi esok. Emm, macam dah berjanji je diorang ni?"

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now