25

20.9K 861 12
                                    

Kereta mewah itu berhenti di hadapan lobi hotel. Sebaik sahaja Noah keluar dari perut kereta tersebut, dia terus bergegas ke arah pintu bahagian duduk Sufi lalu membuka pintu tersebut.

Sufi menyambut huluran tangan Noah sambil mengangkat sedikit dress yang agak labuh itu dengan gaya seperti seorang puteri raja. Mujur dia mempunyai heels yang agak tinggi untuk dipadankan dengan dress itu. 

"Sayang dah ready?" soal Noah dengan nada penuh romantis sambil mengucup tangan kecil itu.

Suara itu sekaligus menggetarkan hati perempuan Sufi. Sufi kemudian mengangguk perlahan sambil menguntumkan senyuman manis. Terasa bagaikan puteri raja pula dia malam ini.

Kunci kereta diberikan kepada valet parking attendant yang sedang menunggu mereka sejak dari tadi. Tanpa membuang masa, Noah meletakkan tangan Sufi di atas lengannya lalu mereka berjalan beriringan masuk ke dalam ballroom hotel tersebut.

Suasana ballroom itu tenang namun tetap tidak mampu mententeramkan hati Sufi yang sedang gementar. Dia mengeratkan lagi pelukannya dil engan Noah. Noah seolah-olah mengerti akan kegelisahan yang dialami oleh isterinya itu. Dia lantas menundukkan wajahnya lalu membisikkan sesuatu di telinga Sufi.

"Jangan risau, sayang. Awak ikut je saya."

Sufi mengangguk perlahan lagi sambil senyum segaris. Noah menurunkan tangan Sufi dari lengannya lalu menyulamkan jemari mereka berdua. Aileen yang melihat kehadiran pasangan itu segera menghayun langkah ke arah mereka.

"Encik Noah, Puan, jom saya tunjukkan meja."

Noah mengangguk. Dia berjalan beriringan bersama isterinya lalu menuju ke arah sebuah meja yang terletak paling hadapan. Orang ramai yang turut menghadiri majlis malam itu memuji pasangan tersebut. Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.

"Ha, baguslah kau dah sampai, bang. Ada orang nak jumpa. Jom ikut aku."

Fawwaz kelihatan begitu segak pada malam ini dengan mengenakan tuxedo berwarna hitam. Dia mengukirkan senyuman kepada Sufi yang berada di sisi Noah sambil tunduk tanda hormat. Sesaat dia terpegun melihat gadis itu. Inilah kali pertama dia melihat Sufi mengenakan dress labuh seperti sekarang. Lawanya lain macam pada malam ini. 

"Lawa betul kau ni Sufi. First time aku tengok kau pakai dress macam ni. Selalunya pakai jeans aje." Fawwaz berseloroh.

Sufi sudah pun tersenyum sipu manakala Noah pula mendengus perlahan apabila menyedari mata Fawwaz yang tak berkelip memandang Sufi. Nak kena budak ni.

"Woi! Jaga mata. Itu bini aku."

Noah terus menepuk belakang kepala Fawwaz menyebabkan sepupunya itu tersentak kecil. Fawwaz menggosok belakang leher sambil tersengih. Sufi hanya tergelak kecil melihat perangai dua bersaudara itu.

"Haha, mana ada aku tenung bini kau. Dah, jom ikut aku. Sufi, aku nak pinjam suami kau sekejap, tau?"

Sufi mengangguk.

"Awak okay ke duduk sini? Kalau nak ikut saya pun boleh je."

Noah berasa bimbang hendak meninggalkan Sufi seorang diri tambahan pula ini adalah kali pertama Sufi hadir ke majlis seperti ini.

"Tak apa, awak pergi je. Saya tunggu kat sini. Seganlah nak ikut awak."

Noah memandang ke arah Aileen yang sedang berdiri di sisi isterinya.

"Aileen, tolong temankan isteri saya sementara saya ikut Fawwaz. Nanti saya datang sini balik."

Aileen mengangguk kecil apabila mendengar arahan itu. 

Noah dan Fawwaz mula beransur meninggalkan kawasan itu. Kini Sufi hanya tinggal berdua bersama Aileen. Nasib baiklah dia pernah bertemu dengan Aileen beberapa kali sebelum ini. Jadi tak adalah rasa janggal sangat.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now