43

18.6K 818 22
                                    

Dato' Hassan menilik sebuah lukisan yang tergantung kemas di dinding galeri itu. Hari ini pengunjung tidak ramai seperti biasa, mungkin kerana hari ini bukanlah hari minggu.

"Kau masih dengan hobi kau lagi ya? Kalau boleh nak tembus lukisan tu kau tenung."

Dato' Hassan tergelak besar sebaik sahaja dia mendengarkan suara itu. Suara yang amat dia kenali dan takkan pernah luput dari ingatannya. 

"Begitulah. Bila dah jadi tabiat, bukan mudah untuk diubah."

Puan Sri Asma tersenyum lebar.

"Lama tak jumpa kau. Agak-agaklah berapa lama kali terakhir kita jumpa ya?"

"Mungkin masa tu cucu kau baru naik jadi ceo?"

Puan Sri Asma mengangguk perlahan tanda bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu.

"Kau sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah. Macam ni sajalah, Hassan. Biasalah usia pun makin lanjut."

Dato' Hassan tersengih. Kali terakhir mereka berjumpa semasa Noah diumumkan menjadi CEO syarikat mereka. Cepat betul masa berlalu.

"Cucu kau apa khabar sekarang?"

"Cucu yang mana? Kau tahu kan aku ada dua orang cucu."

"Yang mana lagi, yang sulung tu la. Kalau yang bongsu tu aku baru saja jumpa dia minggu lepas."

Puan Sri Asma melepaskan keluhan kecil.

"Macam tu saja lah dia. Dia lagi suka memendam rasa daripada meluahkan."

Kini mereka berdua sedang duduk diatas kerusi yang disediakan diluar galeri, khas untuk pengunjung galeri itu.

"Aku harap cucu kau itu masih baik-baik saja."

"Nampaknya macam tu lah. Tapi itu luaran. Dalaman, hanya tuhan saja yang tahu."

"Projek mega di Melaka tu, apa kata biar Noah ambil alih semula?"

Puan Sri Asma mengangkat kedua keningnya. Rasa hairan mula menerjah diri apabila mendengar permintaan sahabatnya itu.

"Lagi pun, dia boleh meluangkan masa untuk diri dia selepas seharian menghadap kerja daripada dia memenatkan diri berulang-alik ke Amsterdam tanpa ada hasil. "

"Aku tak rasa kau saja-saja hendak menyuruh Noah untuk uruskan projek kat sana tu."

Dato' Hassan mengukirkan senyuman sambil membelai janggutnya yang sederhana panjang itu.

"Kau lebih tahu. Sudah berapa lama kita berkawan, Asma?"

Puan Sri Asma akhirnya mengangguk laju tanda memahami maksud Dato' Hassan itu.

"Kau pelabur utama dalam projek tu, mungkin kau boleh bagi arahan itu kepada dia."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now