21

20.2K 894 21
                                    

"Terima kasih, Puan. Jangan lupa bagi rate yang baik-baik untuk saya. Moga Puan sentiasa dimurahkan rezeki."

Sufi tersenyum apabila mendengar kata-kata dari pemandu grab tersebut. Sejak kejadian dia diserang oleh Nazrul, Sufi kini lebih selesa untuk tidak memandu bersendirian. Meskipun kejadian itu telah lama berlalu, Sufi tetap tidak dapat mengusir rasa takut setiap kali dia cuba untuk memandu seorang diri.

"Baik. Hati-hati ya encik."

Sempat Sufi menitipkan pesanan sebelum dia menutup pintu kereta tersebut. Tanpa membuang masa, Sufi menghayun langkahnya menuju ke kawasan lobi. Seingatnya, inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini semenjak dia berkahwin dengan Noah. Dia hadir pada hari ini pun disebabkan atas permintaan Noah untuk menghantar dokumen penting yang tertinggal di home office miliknya. 

Sufi lantas menghampiri seorang perempuan yang sedang leka melakukan kerjanya di meja penyambut tetamu.

"Hi, morning. Maaf mengganggu. Boleh saya tahu bilik Encik Noah Iskandar kat tingkat berapa ya?"

Gadis itu mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Sufi sambil mempamerkan senyuman manis. 

"Bilik Encik Noah ada di tingkat lima. Boleh saya tahu, puan ada buat temu janji ke? Sebab kami diarahkan untuk membenarkan pelawat yang hanya mempunyai temu janji sahaja untuk berjumpa dengan beliau."

"Oh, saya tak ada buat temu janji. Atau pun awak tolong call office dia, tolong sampaikan yang Sufi Nur Humaira dah ada kat bawah."

"Baik, puan. Sekejap ya."  

Sufi mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Anak matanya sempat meliar sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Macam ni rupanya suasana kerja pejabat. 

"Puan boleh naik ke tingkat lima. Maaf ya, puan. Saya tak tahu pun puan ni isteri Encik Noah."

Gadis itu senyum segaris sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tidak sangka gadis di hadapannya ini adalah isteri kepada majikannya. Mujurlah dia bersikap sopan. Jika tidak, tak pasal-pasal kena buang kerja sebab cari pasal dengan isteri majikan sendiri. Sudahlah Noah itu agak menyeramkan.

"Tak apa. Saya naik dulu. Terima kasih." 

Sufi sempat lagi menunduk sedikit sambil melemparkan senyuman. Tanpa membuang masa, dia segera melangkah menuju ke kawasan lif.

Seorang lagi penyambut tetamu terus menyiku lengan gadis itu setelah Sufi hilang dari pandangan mereka berdua. 

"Weh, Tak sangka dia tu isteri bos. Nasib baik kau cakap sopan-sopan je. Dahlah bos kita tu garang gila."

"Tu la. Aku pun tak cam itu isteri dia. Tapi lawa juga isteri dia, kan? Dahlah sopan. Manis pulak tu. Untung Encik Noah dapat isteri macam tu."

"Iya weh. Kau ingat tak dulu bekas tunang dia? Sombong gila! Tak mesra langsung. Rasa nak menangis masa aku kena tengking dengan dia dulu tu." 

Suara seperti berdehem kedengaran menyebabkan kedua pekerja itu berhenti berbual. Mereka lantas memandang ke arah suara itu. 

Gulp!

"Ni nak bekerja ke nak bergosip?"

Kedua-dua gadis itu terdiam sambil menundukkan wajah masing-masing. Bella hanya menayangkan muka annoyed. Dasar staff bawahan, suka curi tulang semasa bekerja!

"Anyway, bilik Dato' Zul kat mana?"

"Err, Cik Bella dah buat appointment dengan Dato' ke?"

Bella memutarkan bebola mata sambil menyilangkan tangan ke dada. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now