53

23.4K 816 45
                                    

Noah melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul hampir pukul 8.30 malam. Mana pula si Bella ni? Siang tadi beria berjanji dengannya untuk datang kat pantai ini pukul 8. Tapi kelibat wanita itu pun tiada. Takkan kena prank kot?

Siang tadi, Bella telah mengajak Noah untuk makan malam bersama. Pada awalnya, Noah menolak. Baginya jika dia terima ajakan Bella, dia seperti memberi harapan kepada wanita itu.

Akhirnya, Noah hanya terima saja ajakan itu setelah didesak berulang kali. Dia juga berharap ini adalah yang terakhir dari Bella. 

Tiba-tiba, lampu menyala disekitar kawasan tempat Noah berdiri. Noah tercengang seketika sambil melihat keadaan sekeliling yang kini sudah pun terang-benderang. 

"Surprise!"

Ujar Bella sambil melangkah menghampiri Noah yang masih lagi berada dalam keadaan terkejut.

"Thanks sebab terima ajakan I. I tahu you takkan pernah mengecewakan I, Noah."

Noah hanya mengukirkan senyuman segaris. 

"Jom ikut I. Kita duduk kat situ."

Noah hanya menurut. Mereka berdua kemudian duduk dimeja yang sudah tersedia disitu. Begitu istimewa. Tambahan lagi dengan suasana ditepi pantai. Tanpa disedari, Noah tersenyum membayangkan dia dan Sufi menikmati candle light dinner seperti ini. Mesti Sufi teruja.

"You suka ke dinner macam ni? Syukurlah kalau you suka."

Noah berdehem lalu mematikan senyuman.

"Ehem...tapi I ingatkan dinner biasa. I tak rasa you perlu buat sampai macam ni sekali? Kita pun dah tak apa-apa hubungan istimewa lagi, kan?"

Bella mengukirkan senyuman kelat. Kini dia sedar, dia takkan pernah dapat menambat kembali hati lelaki itu.

"I tahu tu, Noah. I sedar tapi izinkan I buat macam ni. Bukannya selalu. Apa pun I harap you enjoy dinner malam ini."

Noah hanya menggeleng kecil. Matanya memandang sekilas ke arah Bella yang sedang melihatnya sambil menompang dagu dengan penuh senyuman. Sempat juga wanita itu mengukirkan senyuman sinis sambil memandang ke arah belakang Noah tanpa lelaki itu sedari. 

"Makanlah Noah. I order semua ni ikut selera dan makanan pilihan you." 

Noah mengangguk lalu mula menjamah makanan dihadapannya. 

Sufi mengigit kecil bawah bibir apabila melihat kemesraan mereka berdua yang sedang menikmati makan malam dikawasan pantai itu. Maka benarlah andaiannya bahawa Noah sudah pun menemui kebahagiaannya. Senyuman sinis yang terukir diwajah Bella tidak semena-mena membuatkan hatinya turut sakit. 

Sakit? Kenapa dia perlu merasa sakit sedangkan dia sendiri sudah melepaskan Noah sepenuhnya sejak dulu lagi? 

Nu'man mengerling sekilas ke arah Sufi yang berada disebelah sejak dari tadi. Wajah wanita ini penuh dengan riak yang sukar ditafsirkan. 

Dia mengeluh dalam diam. Dia tidak pernah menyangka bahawa lelaki yang Bella ceritakan sebelum ini adalah Noah sendiri. Lelaki itu yang pernah menjadi tunangan adiknya. Malah lelaki itu yang membuatkan adiknya tergila-gila akan dirinya sehingga kini. 

"Sufi, jom kita singgah cafe. Saya ada something nak cakap dengan awak."

Sufi hanya tersenyum sumbing lalu mengikut langkah Nu'man dari belakang. 

Nu'man menghulurkan secawan mocha panas kepada Sufi. Dia sedar wanita itu hanya membisu sejak dari tadi. Wajahnya juga tidak ceria seperti selalu. 

Sufi mengambil cawan tersebut lalu diletakkan ke atas meja.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now