46

20.1K 759 11
                                    

Sufi mengelap mulutnya dengan sehelai tisu. Dia kini betul-betul berpuas hati apabila dapat menghabiskan semangkuk asam pedas itu. Menu yang menjadi kegemarannya sejak dia mula tinggal dikawasan ini.

Nu'man memerhatikan sahaja tindak-tanduk Sufi sambil mengukirkan senyuman. Wanita dihadapannya ini sangat menarik peribadinya sehingga mampu membuatkan hatinya terpaut tapi sayang, hati wanita itu terlalu sukar untuk ditawan.

Nu'man segera menghalang Sufi yang baru sahaja hendak bangun dari tempat duduk. Hampir sahaja dia hendak memegang pergelangan tangan wanita itu namun akalnya segera menidakkan tindakannya.

Dia tahu kenapa Sufi tiba-tiba sahaja bangun dari tempat duduknya itu.

"Eh, awak duduk sini je dulu. Hari ni saya belanja awak. Kita kan dah lama tak jumpa."

"Alah takpelah. Asyik awak je yang belanja, biar hari ni saya yang belanja awak ya?"

Sufi sudah pun melangkah ke arah kaunter untuk membuat pembayaran. Nu'man segera mengejarnya dari belakang. Takkan nak suruh perempuan yang bayar? Tak gentleman langsung!

"Wait! Wait! Sufi! Nantilah dulu."

Sufi menghentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang.

"Nu'man, janganlah macam ni. Kata kawan, tak salahkan kalau saya yang belanja awak hari ni?"

Wajah Nu'man mula mengendur. Kawan? Yelah, lupa pula Sufi hanya menganggap dirinya sebagai kawan sahaja. Sebab itu lah dia tak pernah dapat menawan hati wanita itu walaupun secebis. Sufi betul-betul telah menutup rapat pintu hatinya sejak tiga tahun yang lalu.

"Yelah. Saya tunggu kat luar."

Sufi hanya mengekek kecil lalu menuju ke kaunter. 

"Kak, meja nombor 14 ya."

Noah yang sedang ralit menghirup sisa kuah asam pedas itu terpaku seketika. Telinganya menangkap suatu suara yang tidak asing baginya. Tak, suara itu, dia terlalu merindukan suara itu! Suara yang dicarinya selama ini! 

Noah mengangkat kepalanya lalu mencari arah suara itu. Dia terpana. 

"Sayang?!!"

Noah cuba bangun untuk memanggil wanita itu. Dia terus bangun lalu berlari sehingga ke luar kedai. Melilau matanya mencari ke mana wanita itu pergi.

Tapi malangnya, tiada.

Dia meraup wajahnya sambil mengeluh kecil. Hampa hatinya. Tapi takkan itu cuma khayalan dia sahaja?

'Ya Allah, aku tak salah tengokkan? Itu betul dia kan?'

"Abang, abang okay ke?" 

Pelayan kedai itu terus mendapatkan Noah yang seperti kelam kabut mencari sesuatu.

Noah lantas menggeleng perlahan sambil meraup wajahnya lagi sekali. 

"Sorry ya, dik. Abang nak bayar."

Noah lantas mengahyun langkahnya ke arah kaunter dengan hati yang kecewa.

Noah lantas mengahyun langkahnya ke arah kaunter dengan hati yang kecewa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now