40

22.3K 781 10
                                    

Kini sudah hampir dua hari Sufi masih belum lagi menyedarkan diri sejak daripada pembedahan tempoh hari. Dua hari itu juga Noah tidak pernah sekalipun meninggalkan isterinya seorang diri.

Setiap kali dia menatap wajah pucat itu, setiap kali itu juga air matanya tidak berhenti mengalir. Dia cuba untuk kuatkan hati, namun gagal. Dia tak kuat apabila melihat tubuh Sufi yang seakan kaku sedang terbaring diatas katil.

 "Bangunlah, sayang. Abang rindukan sayang." Noah menggumam perlahan sambil mencium lama belakang tangan Sufi. 

Tiba-tiba terasa seperti bahunya disentuh oleh seseorang. Lantas dia berpaling dengan matanya yang masih sembab itu. Sebuah senyuman terukir sebaik sahaja dia melihat wajah ibu mertuanya. 

"Noah, pergilah balik dulu. Kamu berehat ya? Biar mak pula yang jaga Sufi. Kamu dah tak tidur semalaman, kan?"

Mata Noah kembali bergenang. Dia lantas menggeleng. Tanpa dia sedar, air matanya laju mengalir. Perasaan malu turut dia abaikan. 

"Noah tak nak, mak. Noah nak tunggu sampai Sufi sedar."

"Kamu pun perlukan rehat juga, Noah. Kalau kamu sakit, siapa nak jaga Sufi?" 

Akhirnya Noah mengalah. Benar kata ibu mertuanya itu. Dalam keadaan Sufi sekarang, dia juga harus menjaga kesihatannya. 

"Kalau macam tu, Noah balik dulu. Petang nanti Noah datang lagi." 

Sarimah hanya mengangguk kecil. Sayu hatinya apabila melihat keadaan menantunya yang tidak terurus itu. Menantunya sanggup berjaga malam dan tidak menjamah sebarang makanan. Katanya dia bimbang akan Sufi yang boleh sedar pada bila-bila masa sahaja. Dia mahu jadi orang pertama yang Sufi lihat sebaik sahaja isterinya itu membuka matanya.   

Noah melangkah dengan hati yang berat. Sempat lagi dia mengerling sekilas ke arah Sufi sambil menitipkan senyuman tipis.

'Abang balik dulu. Petang nanti abang datang lagi.'

Sufi membuka matanya perlahan-lahan

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Sufi membuka matanya perlahan-lahan. Pandangan yang pada awalnya kabur itu akhirnya menjadi semakin jelas. Anak matanya dapat mengesan terdapat seorang wanita tua yang sedang lena disisi katil itu.

Mak? Ke-kenapa maknya ada disini?

"M-mak..."

Sufi memanggil ibunya dengan lemah. Namun begitu, suara itu sekaligus mengejutkan Sarimah yang sedang tidur. Sarimah segera mendapatkan anak bongsunya sambil mengelus lembut wajah pucat itu. 

"Anak mak! Sufi okay ke? Mak pergi panggilkan doktor dulu."

Sarimah ingin melangkah keluar dan memanggil doktor namun langkahnya itu dihalang oleh Sufi.  

"Nantilah mak. Sufi okay je ni."

Sufi tersenyum lemah ke arah ibunya. Sarimah kemudian kembali disisi Sufi. Hatinya tak henti-henti mengucapkan kata syukur kerana anaknya telah pun sedar dari koma. 

Kau, Takdir Terindah (C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu