12

22.2K 926 24
                                    

"Sufi, boleh tak nanti kau tolong bawakan barang-barang yang ada kat atas meja tu? Aku nak bawa perapan daging ni ke belakang rumah."

"Aye aye, captain!"

Sufi mengambil dan membawa semua barang sebagaimana yang telah diberitahu oleh Noah sebentar tadi. Dia lantas mengatur langkah dengan mengikuti lelaki itu dari belakang. Mereka berdua kemudian menuju ke kawasan lapang yang berada di belakang rumah.

Oh, ya. Kawasan belakang rumah mereka ini sememangnya berdekatan dengan sebatang anak sungai. Jarak pun tak sampai lima minit dari rumah. Mudah untuk mereka melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga.

"Hi, semua. Sorrylah lambat. Jalan jammed."

Laung Fawwaz dari jauh sambil memintas Husna. Mereka berdua nampak seperti tiba pada waktu yang sama.

Noah hanya tersengih melihat gelagat Fawwaz. Dia turut melemparkan senyuman kepada Husna sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat.

"Ah, mengarutlah kau! Tak pernah lagi kawasan sini ada traffic jammed lagi-lagi hujung minggu macam ni." bidas Noah sambil menggulingkan mata.

Fawwaz mula menunjukkan wajah cemberut. Hmm, tak percaya sudah!

"Ni ha, ice ni aku nak letak mana? Dah mula nak cair ni."

"Letak je kat dalam ice box tu."

Fawwaz lantas meletakkan ice itu ke dalam ice box seperti yang disuruh oleh Noah.

Husna pula segera mendapatkan Sufi. Dia sempat menyenggol bahu sahabatnya yang sedang berdiri berhampiran tempat grill BBQ itu. Bulat matanya apabila menyedari terdapat sebatang anak sungai yang sedang mengalir tenang berhampiran dengan tapak BBQ itu.

"Sufi, aku tak tahu pula ada anak sungai. Kau okay ke? Risau pula aku. Kau tu dah la baru lepas sembuh dari trauma dengan ex kau tu. Trauma kau dengan air tu dah okay ke?"

Sufi mengangguk kecil sambil tersengih.

"Don't worry, aku okay je selagi aku tak pergi situ. Duduk kat tapak BBQ ni pun dah okay."

Husna hanya mengusap lembut bahu Sufi sambil mengangguk tanda faham. Tak apalah kalau tuan punya badan pun dah cakap macam tu.

Tanpa membuang masa, mereka berdua menghampiri Noah yang sedang grill daging BBQ seorang diri. Manakala Fawwaz pula sudah pun berada di dalam sungai.

"Err, Is. Kalau kau nak mandi sungai tu pergilah. Aku boleh tolong tengokkan daging ni."

"Betul ni? Yes! Kau macam tahu-tahu je aku tak sabar nak mandi sungai."

Noah menyerahkan penyepit dan terus meninggalkan Sufi bersama Husna lalu terjun ke dalam sungai itu.

Sejuk betul! Memang betul-betul nikmat dunia!

Husna hanya menggeleng melihat telatah Noah dan Fawwaz yang sedang bermandi manda di dalam sungai itu.

"Ni kalau orang tengok mesti diorang tak percaya yang dua ketul ni CEO dengan COO. Perangai mengalahkan anak buah aku yang umur 7 tahun."

Sufi mengekek gelak lebih-lebih apabila melihat wajah Husna yang sudah pun berkerut.

"Haha! Tu baru sikit, Una."

****

Setelah lama berada di dalam sungai , perut Fawwaz tiba-tiba berkeroncong menandakan perutnya sudah kelaparan. Fawwaz lantas berenang menghampiri Noah.

"Bang, dah siap ke belum daging tu? Sufi pandai ke buat semua tu sorang diri?"

Noah meraup wajahnya dengan air sungai yang sejuk itu.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now