54 (extra)

26.2K 833 27
                                    

So here, extra part untuk chapter 54. So it should be 54.1 la kan?

Untuk tidak mengelirukan readers, scene dalam chapter ni berlaku sebelum Sufi berbaik semula dengan Noah. 😊

Anyway, happy reading 🫶

~~~~~

Bilik tidur yang pernah menjadi bilik dia dan Noah kini dituju. Baru sahaja Sufi hendak memulas tombol pintu itu, tiba-tiba bilik sebelah menarik perhatiannya.

Dia masih ingat lagi dulu Noah selalu menghalangnya setiap kali dia ingin memasuki bilik itu.

Sufi cuba untuk tidak mengendahkan bilik tersebut, tapi entah mengapa keinginannya terlalu kuat untuk memasukinya.

Tak apa. Halal je la. Sekali ni je pun. Dia pun bukannya tinggal disini lagi selepas ni.

Tombol pintu dipulas perlahan. Sufi terpegun seketika. Ruang bilik itu tidaklah besar tapi tetap penuh dihiasi dengan barang-barang bayi. Dia membelek satu demi satu barang yang ada dalam bilik itu. Mesti Noah yang sediakan semua ini ketika dia sarat mengandung tiga tahun lepas. 

Jemarinya menari-nari diatas baby crib. Senyuman terukir diwajah Sufi sambil membayangkan ada bayi yang sedang tidur nyenyak didalam baby crib itu. Comelnya. Tapi itu lah, tiada rezeki untuk dia merasai nikmat itu.

Pandangannya kini beralih kepada baby seat yang berada berhampiran dengan baby crib itu. Saiznya kecil tapi selesa. Dalam diam dia tersenyum lagi. Pandai Noah memilih baby seat yang sesuai untuk digunakan oleh bakal anak mereka. 

Sesaat Sufi mengeluh kecil. Tapi seribu kali sayang. Semua ini hanya tinggal kenangan. 

Sufi bersiap sedia berdiri untuk meninggalkan bilik itu. Dia ingin keluar dari bilik tersebut kerana dia sedar, semakin lama dia berada disitu, dia semakin terbuai dengan perasaannya walhal dia dan Noah sudah pun mengambil keputusan untuk berpisah.

Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, anak matanya tertarik akan sebuah buku yang terdapat diatas dresser yang juga berwarna putih itu.

'Buku apa ni?'

Sufi terus mengambil buku tersebut lalu melabuhkan punggungnya diatas rocking chair. Helaian demi helaian diselak sambil membaca setiap isi kandungan yang tertulis di atas helaian itu.

Air matanya mula bergenang. Tangannya juga mula terketar kecil.


"Assalamualaikum anak papa,

Hari ini hari ketiga mama tinggalkan papa. Papa tak tahu apa yang mama tengah buat sekarang. Papa masih lagi mencari kekuatan setelah kehilangan dua orang yang papa sayang.

Anak papa tolong jagakan mama,okay?"


Helaian kedua diselak. Terdapat sekeping gambar polaroid yang menunjukkan suasana salji disebuah tanah lapang. Kejap, ni bukan kat Amsterdam ke?


"Seminggu papa di Amsterdam untuk mencari mama. Tapi papa tak pernah jumpa mama lagi kat sini.

Mana lah mama pergi ya? Anak papa ada jumpa mama tak kat sini?"


Sufi menyeka air matanya yang tak berhenti mengalir. Ya Allah, Noah sanggup mencarinya sampai disana. Padahal dia pergi ke sana hanya untuk temankan Aira menemui suaminya. Itu pun hanya beberapa hari sahaja sebelum mereka pulang ke Malaysia.


"Hari ni paklong awak call papa. Dia kata mama baik-baik sahaja. Lega hati papa bila paklong awak cakap macam tu.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now