8

22.6K 1K 26
                                    

Kini tibalah hari yang dinantikan. Sufi sebenarnya berasa agak gugup sejak dari malam tadi. Lagi gugup dari hari pernikahannya. Tak putus dia berdoa agar segala urusannya hari ini berjalan dengan lancar.

Kalau viva presentation hari ini lulus, maka dapatlah dia menamatkan pengajian Master pada tahun ini. 

"Sufi, barang semua dah siap simpan ke?"

Aliyah melihat Sufi yang seperti tidak keruan sejak dari pagi tadi. Dia lantas menghampiri Sufi sambil mengusap lembut belakang tubuh menantunya itu agar gadis itu dapat menenangkan dirinya.

"Dah umi. Noah dah tolong simpankan barang dia kat dalam kereta tadi."

Noah menjawab bagi pihak Sufi. Segala barang milik mereka berdua sudah pun dia simpan di dalam kereta miliknya.

"Korang duduk berdua ni jangan gaduh-gaduh pula. Sufi, kalau Noah buat hal beritahu tokma. Jangan takut, tau?"

Puan Sri Asma meraih tangan kecil gadis itu lalu mengusap lembut sambil mengukirkan senyuman. Sufi hanya tersengih sahaja apabila mendengarkan kata-kata itu. Dia segera memeluk tubuh Puan Sri Asma.

"Baik tokma. Nanti apa-apa Sufi beritahu tokma. Tokma dengan umi jaga diri tau. Nanti kitorang datang sini lagi."

Dia lantas mencium tangan mereka berdua.

"Hati-hati. Umi dengan tokma doakan semoga hari ni Sufi dapat lakukan viva presentation dengan baik." ucap Aliyah sambil mengusap lembut pipi gadis itu.

Tidak lama selepas itu, pasangan tersebut beransur meninggalkan perkarangan rumah itu lalu menuju ke destinasi seperti yang telah dirancang.

****


Sepanjang perjalanan, Noah perasan akan Sufi yang asyik bermain dengan ibu jarinya sambil berulang kali menjilat bibir yang sedikit kering itu. Mungkin itu cara dia untuk menghilangkan rasa gementar.

Tiba-tiba, Noah memberhentikan kereta di hadapan sebuah stesen minyak. Sufi yang pada awalnya hanyut dalam lamunan tersentak kecil. Kedua keningnya turut bertaut rapat.

"Is, kenapa pula? Aku takut kita lambat sampai nanti."

"Literally lagi 5 minit je nak sampai kat kampus kau tu. Lagipun aku tiba-tiba rasa dahaga. Dahlah, aku turun dulu. Kau tunggu sini."

Noah sempat mengerling wajah Sufi yang seperti sedang berada dalam kegelisahan sebelum dia keluar dari perut kereta.

Sufi mendengus kasar tapi dalam pada masa yang sama jantungnya semakin berdetak laju. Sudahlah dia sememangnya gementar dek viva presentation sebentar lagi. Tingkah Noah yang seolah-olah melambatkan perjalanan mereka untuk sampai ke kampus turut menambahkan lagi rasa resah di hati. 

Ah, sudah! Mulalah dia rasa nak menangis bila dah jadi macam ini!

Tak lama kemudian, Noah kembali ke keretanya dengan membawa secawan hot chocolate. Dia lantas menghulurkan minuman tersebut kepada Sufi membuatkan gadis itu terpinga-pinga seketika.

"Nah, minum ni. Habiskan!" ujar Noah.

Sufi sedikit terkejut namun dia sambut juga air itu dari tangan Noah. Dia turut menghirup sedikit hot chocolate itu dengan berhati-hati. Entah mengapa, perasaan resah yang dia rasakan sebentar tadi sudah mula berkurangan.

"Mana air kau? Kau kata kau haus?" soal Sufi kehairanan apabila melihat tangan Noah yang tidak memegang apa-apa.

Noah pula lantas membetulkan tali pinggang keledar sebelum dia mula menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now