54

28.5K 857 22
                                    

Nu'man meletakkan begnya diatas sofa. Minggu ini dia sepatutnya menghadiri seminar yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Setelah diajak oleh Bella beberapa kali, akhirnya dia bersetuju untuk menginap dirumah Bella sepanjang dia menghadiri seminar itu.

- Abang berehatlah dulu. Pukul 5 nanti baru Tasha keluar office.

Nu'man tersenyum. Tak sangka kini dia menjadi semakin rapat dengan Bella walaupun mereka baru sahaja bertemu minggu lepas.

Sementara menunggu kepulangan Bella, Nu'man membuat keputusan untuk menonton televisyen walaupun itu bukanlah merupakan hobi dia.

Dia cuba mencari remote control tv itu. Tiba-tiba, matanya tertumpu kepada sebuah laci yang berada dihadapan matanya. Mungkin remote control tv ada disimpan disitu.

Sebaik sahaja dia membuka laci itu, dahinya berkerut apabila melihat sebuah sampul berwarna coklat lebih-lebih lagi sampul itu tertulis nama Sufi.

Tanpa membuang masa, Nu'man terus membuka sampul itu. Matanya terbuntang luas, tangannya turut menggigil apabila membaca isi kandungan sampul itu. Lantas dia segera menghubungi seseorang sambil merenyukkan sampul yang berada ditangannya.

***

Noah memandang pelik ke arah Nu'man yang sudah tercungap-cungap sambil memegang sebuah sampul surat. Mamat ni baru lepas kena kejar dengan anjing ke apa?

"Kau kenapa? Apa yang penting sangat sampai kau berlari macam ni sekali?"

Nu'man cuba mengatur nafasnya. Tanpa membuang masa, dia lantas menghulurkan sampul itu kepada Noah.

"Apa ni?"

Terbeliak mata Noah sebaik sahaja dia membaca surat itu.

"M-macam mana benda ni boleh ada dekat kau?"

Puas dia mencari sampul ini, sampul yang mengandungi perjanjian penyerahan share syarikat khusus buat Sufi dan anak mereka yang bakal lahir tiga tahun lepas. Tetapi macam mana pula sampul ini boleh berada ditangan Nu'man?

"Bella dah simpan benda sejak tiga tahun yang lepas. Dia mengaku yang dia sebenarnya telah mencuri surat ni dan surat perjanjian perkahwinan korang tu. Tapi dia cuma serahkan surat perjanjian perkahwinan kepada Sufi untuk sakitkan hati Sufi dan buatkan Sufi tinggalkan kau."

Noah mendengus kasar. Patutlah Sufi sudah beberapa kali meminta agar Noah melepaskan dirinya. Semuanya disebabkan wanita itu.

Wajahnya diraup kasar beberapa kali. Hatinya kesal dengan apa yang telah terjadi. Tergamak Bella berbuat begitu terhadap isterinya.

"Kau kejarlah Sufi semula, Noah. Masih belum terlambat untuk kau betulkan semuanya."

Noah tiba-tiba tersengih. Kejar Sufi semula? Mustahil. Isterinya itu kini benar-benar sudah meninggalkan dia.

"Dah terlambat, Nu'man. Dia betul-betul tekad dan suruh aku lepaskan dia. Dia pun dah tak cintakan aku lagi."

"Kau masih ada peluang lagi. Percayalah cakap aku. Apa yang keluar dari mulut dia bukan seperti apa yang ada dalam hati dia."

Anak matanya mencerlung tajam ke arah Nu'man. Bingung dengan apa yang dicakapkan oleh lelaki itu.

"Tiga tahun, Noah. Sepanjang tiga tahun aku tengok dia, dia tak pernah sekali pun buka hatinya untuk terima orang lain even aku sekalipun. Dalam hati dia cuma ada kau. Segala apa yang menjadi kegemaran kau, turut menjadi kegemarannya. Sebab aku tahu, itu salah satu cara untuk dia melepaskan rindunya terhadap diri kau."

"Aku perasan sejak korang berjumpa balik, riak wajahnya lagi ceria kalau dibandingkan dengan selama tiga tahun aku bersama dengan dia. Dia tak pernah cakap tapi aku tak bodoh untuk membezakan semua itu."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now