Bab 60 | New Life

764 30 1
                                    

Enam bulan kemudian...

   CARROT susu yang terletak di atas meja aku hirup perlahan. Suasana di dalam Qash Bistro dipandang. Semakin sibuk ya restoran Qash ni. Pelanggan tak putus-putus masuk. Pekerja pula bertambah ramai. Qash juga tak kurang sibuknya. Dari tadi lagi aku perhatikan. Kakinya masih tak berganjak dari kaunter pembayaran itu. Ada sahaja orang yang datang ingin membayar bil makanan.

   Aku menghembus nafas lembut. Perutku yang semakin membesar diusap perlahan. Sedar tak sedar, dah masuk lapan bulan usia kandungan aku. Hanya berbaki sebulan lebih sahaja untuk aku menghadapi saat yang paling aku takuti. Hari kelahiran anak sulung kami. Oh, bukan anak sulung. Tetapi anak kedua kami. Aku takkan sesekali lupakan anak sulungku yang satu itu. Faiq Solihin.

   Tiba-tiba terasa rindu pula pada putra kami itu. Walaupun aku dan Qash tak sempat untuk menatap wajahnya, tetapi aku tetap rindukannya. Tak semena-mena fikiran aku melayang teringatkan mimpi yang aku alami dulu. Mimpi di mana kali pertama dan juga kali terakhir aku bertemu dengan Faiq. Aku rindu mahu mendakap tubuh kecil itu. Rindu ingin mendengar tangisannya. Sungguh aku rindu semua itu.

   Perut aku diusap lagi. Aku harap sangat kali ni aku dikurniakan anak lelaki. Dan wajahnya mirip seperti anak sulungku, Faiq. Aku nak beritahu Qash bagaimana rupa Faiq sewaktu di dalam mimpi itu.

   "Sayang."

   Spontan kepala aku tertoleh ke kiri apabila suara garau itu menyapa di gegendang telinga. Dekat betul muka Qash dengan wajah aku. Dan Qash pula dengan selambanya mencium pipi aku, kemudian dia terus mengambil tempat di sebelah aku.

   "Awak ni, tak tahu malu ke? Selamba badak je cium orang dekat sini. Kalau orang nampak? Tak ke diorang fikir bukan-bukan nanti."

   Entah apa lah nak jadi dengan Qash ni. Makin lama, perangainya semakin selamba badak. Kalau nak buat sesuatu tu, dah tak toleh kiri kanan. Main redah je. Macam tadi lah. Suka suki dia je cium pipi aku. Itu kalau nampak dek pekerja dia, mahu seminggu diorang mengusik aku.

   "Alah, takda orang yang nampak pun. Lagipun, saya kisah apa? You're my wife. Nak buat apa-apa pun, tak salah," selamba dia berkata.

   Aku memutarkan bebola mata. Tengok lah tu mulut dia. Ada saja yang nak dijawabnya.

   "Awak lama lagi ke? Tadi kata nak pergi cari barang baby dengan saya."

   Mata Qash melirik ke arah jam tangannya.

   "Pukul 3:30 macam tu kita pergi eh? Sekarang ni saya tak boleh nak tinggalkan diorang. Ramai sangat pelanggan. Tak menang tangan diorang nanti. I'm sorry butterfly."

   Aku diam sejenak. Hmm, takpa lah. Tunggu je lah. Lagipun tiba-tiba rasa serba salah pula. Qash sibuk, tapi masih nak temankan aku shopping barang baby.

   "Hmm it's okay. Awak buat lah kerja awak dulu. Saya tak kisah. Kalau tak sempat hari ni, kita boleh pergi esok. Kan?"

   Terukir senyuman di bibir Qash. Tangannya tiba-tiba mencapai tangan aku yang berada di atas meja. Kemudian tangan aku dibawa ke bibirnya. Dikucup lembut.

   "This is why i love you. Awak tak pernah merungut bila saya sibuk dengan kerja saya. Thank you," ucapnya telus.

   Aku tersenyum malu. Walaupun aku dah lama bersama dengan Qash, tetapi apabila dia mengeluarkan kata-kata manisnya, cair jugak lah aku.

   "You're welcome. Dah lah, pergi tolong diorang. Saya nak pergi tandas sekejap."

   "Nak saya temankan tak?"

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now