Bab 32 | Dua Hati Bersatu

1K 46 3
                                    

Baju Qash ⇧

Hah, kalau rasa nak ada feel sikit tu, pasang lah lagu 'Cinta Sesungguhnya' huehuehue...

*****

   SENTUHAN terakhir ialah di bibir. Fiya mengoleskan lipmate berwarna merah pudar di bibir aku. Fiya tersenyum melihat sentuhannya di wajahku.

   Ya, Fiya yang menjadi juru solek aku. Dia yang nak sangat jadi mua di waktu hari pernikahan aku. Aku pula hanya turutkan sahaja.

   Lagipun, Fiya memang mahir dalam bidang bersolek. Kerana dia pernah menghadiri kelas latihan dulu.

   "Okay done!" jerit Fiya teruja.

   Aku menilik wajah aku di cermin. Kemudian bibir aku menguntum senyuman lebar. Okay, aku nampak lain sangat lepas disolek. Makin naik seri pengantin di wajah aku.

   Jujur aku cakap, sentuhan Fiya ni memang memuaskan hati. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, kenapa dia tak jadi juru solek memandangkan dia mahir dalam bidang itu? Tetapi jawapan yang aku terima membuatkan aku ketawa.

   "Tak nak lah. Nak make-up ni kena ikut mood. Kalau aku tak ada mood masa tu? Tak ke hancur muka orang tu aku buat?"

   Sekali lagi aku ketawa kecil. Ada pulak kena ikut mood. Tapi memang betul pun, aku sebagai orang yang tak suka bersolek ni pun faham. Nak melawa, kena ada mood. Kalau tidak, apa pun tak jadi!

   "Yang kau gelak ni kenapa?" soal Fiya sekaligus memecahkan lamunan aku.

   Aku seperti baru tersedar dari lamunan. Lah, boleh pulak berangan masa ni!

   Aku sengih tayang gigi aku yang serba putih bak iklan colgate.

   "Cantik tak aku make-up kau ni?" soal Fiya.

   Aku mengangguk laju.

   "Mestilah cantik. Kau yang make-up kan kot. Aku suka. Make-up ni tak over sangat." komenku.

   Fiya tersenyum puas.

   "Okay, jom aku pakaikan tudung pulak."

   Fiya mengambil tudung shawl berwarna putih yang terletak elok di atas katil. Kemudian dia hampiri aku di meja solek.

   Aku sanggulkan rambut aku. Kemudian, anak tudung berwarna light cream dipakai.

   Sebaik sahaja aku selesai menyarungkan anak tudung, Fiya mula melilitkan shawl di kepala aku. Aku pula hanya membiarkan.

   Setelah beberapa minit melilit, Fiya mencapai pula veil. Veil itu aku memilih yang tidak bercorak dan tak terlalu panjang. Just simple.

   "Siap! Ya Allah cantiknya kau Qai..." puji Fiya setelah selesai memasang veil.

   Aku tersenyum sendiri memandang pantulan aku di cermin. Cantik...

   "Eh kejap, aku rasa macam ada kurang something lah."

   Terus aku memandang Fiya.

   "Apa yang kurang?"

   Fiya diam memandang aku, cuba mencari sesuatu yang kurang. Dan tiba-tiba dia menepuk tangan dengan kuat.

   "Hah! Aku ingat dah! Haish, macam mana aku boleh lupa ni." bebel Fiya.

   Semakin hairan aku memandang Fiya.

   "Apa benda weh?"

   "Kau tunggu jap." kata Fiya dan dia terus berlalu keluar dari bilik aku.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now