Bab 35 | Keluarga

832 43 2
                                    

   SEBAIK sahaja kami tiba di hadapan dewan, ahli keluarga kedua-dua belah pihak sudah berada di situ.

   Oh tak ketinggalan juga Zamrul dan Adam juga sudah berada di situ. Mereka berdua yang segak berbaju Melayu sudah bersedia dengan kamera DSLR di tangan.

   "Ha itu dia, dah sampai pun dua mempelai ni. Lekas, tetamu dah mula ramai tu." gesa auntie Maya.

   Aku dan Qash bergegas berdiri di barisan hadapan. Manakala Harith dan Fiya mengambil tempat di sisi kami berdua.

   "Eh jap, mana Maktok?" soalku hairan.

   Risau lah juga. Aku tak nampak pun batang hidung dia dari tadi.

   Auntie Maya mengenggam tangan aku.

   "Maktok kamu ada dekat dalam tu tengah duduk. Dia tak larat nak berdiri lama-lama." jelas auntie Maya.

   Aku menghembuskan nafas lega.

   "Okay, semua dah ready? Kita nak masuk ni." soal Zamrul.

   Aku menarik nafas cuba menenangkan diri. Tipu lah kalau aku kata aku tak rasa gementar. Lutut ni dari tadi rasa longgar je.

   Tiba-tiba aku terasa tangan aku digenggam erat. Aku mendongak memandang Qash di sebelah.

   "Relax, okay? I'm here, beside you." ujarnya lembut.

   Aku tersenyum nipis. Kemudian mengangguk. Tangan aku memaut lengan Qash.

   Tenang Qai, tenang.

   "Mayra, nanti Mayra jalan perlahan-lahan tau? Bunga ni, Mayra tabur masa tengah jalan. Boleh?" pinta Adam.

   Mayra yang comel berbaju gaun kembang itu mengangguk laju.

   "Boleh!"

   "Good girl! Give me five!" sahut Adam. Dia menayangkan tapak tangannya ke arah Mayra.

   Mayra pula dengan teruja mencantumkan tapak tangannya dengan Adam.

   Aku yang melihat tersenyum nipis. Itu lah Adam. Dalam perangai masuk air dia tu, dia juga pandai mengambil hati kanak-kanak.

   Zamrul memberi isyarat kepada DJ menandakan pengantin bakal masuk ke dalam dewan.

   "Yeah, kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Ketibaan dua mempelai bersama ahli keluarganya...." ujar DJ yang berada di tepi dewan.

   "Okay, jalan." arah Zamrul.

   Kami memulakan langkah berjalan di sepanjang karpet merah yang dibentang. Aku dah mula rasa seram sejuk. Para tetamu yang hadir semua tertumpu ke arah kami berdua. Tangan aku kuat menggengam lengan sasa Qash.

   Serentak itu juga tangan kanan Qash memegang tangan aku yang berada di lengannya. Aku mendongak.

   Dia melemparkan senyuman kacak kepada aku.

   Ya tuhan, kenapa lah senyuman dia tu selalu cairkan hati aku yang macam ais batu ni?

   "Smile butterfly." bisiknya.

   Terus aku menguntum senyuman lebar. Haish, boleh pulak aku lupa nak senyum tadi? Nasib baik Qash tegur. Kalau tak, sampai ke pentas tu lah muka aku macam kari basi.

   Dan tiba-tiba kedengaran DJ memutarkan lagu berjudul 'Beautiful In White'. Aku tergamam. Ah! Lagu kegemaran aku!

   "So as long as I live I love you, will have and hold you. You look so beautiful in white..."

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now