Bab 24 | Tetamu

764 41 3
                                    

Baju yang Qaisara pakai ⇧

*****

   AKU membetulkan baju kurung moden yang tersarung di badan. Grey menjadi tema baju raya aku tahun ini. Dan tahun ini, aku tidak sedondon dengan Maktok dan Fiya.

   Pagi ini aku bangun awal. Pukul enam tepat mata aku dah celik. Tak tahu lah, mungkin sebab excited nak raya kot.

   Aku mengerling ke arah jam di dinding, sudah menginjak pukul 7:30 pagi. Sekejap lagi aku, Maktok dan Fiya bakal pergi ke masjid untuk menyertai solat Raya Aidilfitri.

   Telekung aku sarungkan siap-siap. Senang, nanti sampai tinggal nak pakai kain solat je.

   Setelah puas hati dengan penampilan aku, aku terus berlalu keluar dari bilik.

   "Maktok! Fiya! Dah siap ke? Jom, nanti lambat sampai masjid. Penuh pulak orang." laungku.

   Fiya aku lihat terkocoh-kocoh keluar dari bilik. Dia juga sudah siap memakai telekung.

   "Haih, tak menyempat betul kau ni. Kalau aku tersungkur tadi macam mana?"

   Aku tayang muka beku.

   "Jom Sha, Fiya." tiba-tiba Maktok muncul dari dalam biliknya.

   Kami sama-sama menuju ke kereta. Kalau ikutkan, nak je jalan kaki. Masjid bukannya jauh. Tapi, takut tak sempat pulak nanti. Solat raya ni boleh tahan ramai orang yang datang nanti.

   Dengan lafaz bismillah, kereta bergerak keluar dari halaman rumah Maktok.












   PULANG sahaja dari masjid, aku terus menuju ke bilik. Oh! Tadi juga aku sempat menziarah kubur arwah ibu dengan abah. Telekung aku tanggalkan dan di lipat kemas.

   Kemudian aku menuju ke meja solek. Sikat rambut aku capai lalu di sisir rambut aku yang lurus melepasi bahu. Hari ni rasa macam malas nak conteng muka. Rimas pula rasanya nanti.

Tok! Tok! Tok!

   "Qai... Boleh aku masuk?" suara Fiya kedengaran dari luar.

   "Masuklah."

   Serentak itu, daun pintu dikuak perlahan. Muncul wajah Fiya di muka pintu.

   "Kenapa tak siap lagi?" soalnya pelik.

   Berkerut dahi aku.

   "Kau tak nampak ke aku dah siap ni?"

   Fiya tayang muka tidak percaya.

   "Macam ni kau kata dah siap?"

   Bertambah hairan aku. Apa? Nak suruh aku siap macam mana lagi?

   Fiya aku lihat sudah menggeleng kepala.

   "Haih Qai, Qai... Cuba lah melawa sikit. Ni muka tu pucat je. Baju dah lawa dah, muka tu kosong je aku tengok." bebel Fiya.

   Dia sudah menghampiri aku di meja solek. Di tangannya terdapat beg alat solek miliknya.

   Okay... Aku rasa aku tahu dia nak buat apa.

   "Fiya, tak payah lah nak conteng muka aku. Aku tak nak lah..."

   Fiya sudah menjegilkan biji mata.

   "Hah, kau tak payah nak mengada. Duduk diam-diam. Hari raya ni kena lah berseri sikit muka tu. Ni muka macam petai je aku tengok." kutuk Fiya.

   Terus aku menolak kepalanya. Suka hati je kata muka aku macam muka petai.

   "Alah, bukan ada sesiapa pun nak tengok aku ni Fiya. Tak payah lah..." kataku masih menolak.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now