Bab 20 | Surprise

852 56 1
                                    

     HARI ketiga aku terlantar di katil hospital. Aku sudah mula merasa bosan. Fiya pula tidak dapat datang melawat aku kerana dia dan Zamrul harus hadir ke majlis perkahwinan atas urusan kerja.

    Aku melepaskan keluhan berat.

   "Arh! Bosannya!"

    Aku meletakkan lengan di dahi. Aku merenung jauh ke arah siling yang serba putih.

    Hari ini Qash tidak datang melawat aku. Mesej pun tidak. Apatah lagi ingin menelefon.

    Sekali lagi aku mengeluh.

    Entah kenapa aku terasa sunyi. Hati aku berharap bahawa Qash akan datang menemani aku di sini.

    Huh, memang dah tak betul kau ni Qai.

    Kau dah mula sukakan dia ke Qai?

   Soalan itu berlegar-legar di fikiran aku.

    Aku bangun dari baringan. Sebakul buah-buahan pemberian Zamarul yang berada di atas meja, dicapai. Buah anggur aku masukkan ke dalam mulut.

   Hmm ini sahaja lah kerja aku sekarang.

   Makan.

   Tidur.

   Memang berat badan naik lah ceritanya nanti.

    Sambil-sambil aku makan buah, tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Qash semalam.

    "Let's get married."

    Sampai sekarang aku rasa waswas dengan mamat annoying tu. Dia betul-betul maksudkan ke?

    Atau dia sengaja nak kenakan aku?

    Jebon tu bukan boleh percaya sangat. Suka kenakan aku!

    Ah! Lantak dia lah. Kalau dia betul-betul serius, dia usaha lah. Kan?

    Aku berbaring semula dan memejamkan mata. Baik aku tidur je macam ni.

   "Happy birthday to you... Happy birthday to you...."

   Aik?

    Terus tercelik mata aku. Aku bangun secara mengejut. Muka aku tak payah cakap lah. Terkejut beruk!

    "Happy birthday to Qaisara... Happy birthday to you..."

    Aku lihat sekarang ni di depan aku ada Fiya, Zamrul, Adam, Harith dan Qash!

   Weh? Apa ni?

   "Weh? Apa semua ni?" soalku kalut campur bingung.

    Hari ni hari jadi aku ke? Berapa hari bulan hari ni?

    Kau tengok? Baru tiga hari duduk hospital dah amnesia.

    "Lah kau ni... Birthday sendiri pun tak ingat ke?" soal Adam dengan wajah tidak percaya.

    Aku tayang muka blur.

   "Hari ni ke?"

     Aku lihat semua kawan-kawan aku menepuk dahi.

    "Astaghfirullahalazim Qai... Kau ni serius lah? Kepala kau terhantuk tu, jadi amnesia terus ke apa?" soal Fiya.

    Aku menggaru kepala. Apa kena dengan aku ni? Hari jadi sendiri pun tak ingat.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now