Bab 47 | Patah

770 30 1
                                    

   AKU terus meluru ke arah seorang doktor yang baru keluar dari wad kecemasan. Muka aku tak payah cakap lah. Risau yang terlampau. Jantung aku sedari tadi tak berhenti berdebar.

   "Doktor, macam mana dengan keadaan suami saya? Dia okay ke?" kalut aku bertanya.

   Doktor wanita itu melemparkan senyuman manis kepada aku.

   "Alhamdulillah, keadaan suami puan dah stabil. Cuma masa kemalangan tu, dia kehilangan banyak darah. Itu berpunca dari kepala Encik Qash yang terhentak kuat masa pelanggaran tu. Mujur dia dibawa ke sini dengan segera." jelas doktor itu.

   Aku memegang dada aku. Nafas lega dihembuskan. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang. Rasa nak menangis. Ya Allah, syukur alhamdulillah kau masih bagi peluang untuk aku terus bersamanya.

   "Tapi... Hasil dari pemeriksaan saya tadi, saya dapati tulang kaki di bahagian pergelangan kaki Encik Qash patah. Jadi, mungkin akan ambil masa dalam beberapa bulan untuk kaki dia kembali pulih sepenuhnya." tambahnya lagi.

   Aku yang mendengar itu terdiam. Ya Allah, patah? Tapi aku masih rasa bersyukur kerana takda kecederaan yang serius.

   "Baiklah, terima kasih doktor."

   Doktor itu menghadiahkan senyuman nipis.

   "Sama-sama. Sekejap lagi kami akan pindahkan Encik Qash ke wad biasa. Oh! Sebelum tu, saya nak panggil puan apa ya?" soalnya.

   "Qaisara." jawabku ringkas.

   "Oh, saya Doktor Mawar. Kalau ada apa-apa hal, awak boleh datang jumpa saya ya?" pesannya.

Aku mengangguk faham.

"Terima kasih doktor." ucapku. Dan Doktor Mawar pun berlalu pergi.

   Setelah Qash sudah dipindahkan ke wad biasa, aku melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di sisi katil. Wajah Qash yang kosong tidak beriak itu aku pandang. Terdapat kesan calar di bahagian muka. Kepalanya pula sudah berbalut. Qash masih tidak sedarkan diri. Dan aku berharap, dia akan sedar secepat mungkin. Aku betul-betul risaukan dia. Aku tak boleh tengok dia terlantar kaku begini. Aku rasa kosong. Qash yang dulu ceria orangnya, kini terlantar kaku di katil.

   Rambutnya aku usap ke belakang. Kemudian tangan kanannya aku genggam erat.

   "Awak, jangan tidur lama-lama tau. Jangan tinggalkan saya. Saya tahu awak kuat." gumamku perlahan.

   Namun keadaan hanya sunyi sepi. Tiada sebarang respon. Aku merenung wajah Qash yang berkulit cerah itu. Wajahnya tenang. Walaupun terdapat kesan calar dan lebam, tapi pada pandangan mata aku, Qash tetap sempurna di mata aku.

   Oh, tentang Qash sudah aku maklumkan pada Maktok. Mungkin pada esok hari, Maktok akan datang melawat bersama pak ngah dan mak ngah. Fiya pula akan datang sekejap lagi. Itu pun sebab aku menyuruh dia menghantar beberapa helai pakaian aku ke sini. Aku memang tak akan pulang ke rumah. Aku nak duduk di sebelah Qash. Sehingga dia sedarkan diri.

   Aku merengangkan badan seketika. Terasa lenguh seluruh tubuh aku. Aku mengambil keputusan untuk ke sofa yang tersedia di dalam wad tersebut. Aku duduk bersandar di sofa dan mata aku dipejamkan. Ingin melelapkan mata seketika. Fikiran aku sedang serabut sekarang ni, jadi ada baiknya aku rehatkan diri seketika.










   "QAI, weh Qai... Bangun lah." kedengaran sayup-sayup suara seseorang memanggil aku. Mata aku dibuka perlahan-lahan. Kabur. Aku menggosok mata beberapa kali sehingga pandangan aku kembali jelas.

   "Kau dah kenapa tidur dalam keadaan duduk macam ni? Sakit lah pinggang kau nanti." ujar Fiya. Dia melabuhkan punggung di sebelah aku.

   Aku berdehem kecil. Kedudukan aku dibetulkan. Betul. Pinggang aku sekarang terasa sakit.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now