Bab 11 | Cemburu

1K 45 1
                                    

      HUJUNG minggu! Hari yang paling aku nantikan. Hari yang aku boleh rehatkan diri, rehatkan minda, rehatkan mata. Iya lah. Mata ni asyik menghadap skrin laptop sahaja. Lama-lama boleh rabun aku!

     Aku masih berguling-guling di atas katil. Kalau boleh tak nak bangun langsung dari katil. Nak selubung diri dalam selimut! Mata aku melirik ke arah jam di dinding bilik aku.

   "Hmm, baru nak masuk pukul 9:00 pagi. Awal lagi nak mandi." gumam aku sendirian.

    Ha aku kata apa tadi? Aku nak berselubung dalam selimut kan? Makna katanya memang aku belum mandi lagi lah. Mujur aku tengah 'cuti'. Boleh lah tidur sampai petang hahaha...

    Ini kalau tahu dek Maktok ni, mahu telinga aku dipiatnya. Iya lah. Bila aku di kampung, Maktok memang tak bagi aku tidur lepas subuh. Kalau tengah 'cuti' pun, dia akan suruh aku bangun awal tolong dia masak atau kemas rumah.  Kalau aku membantah tu, mulalah suara 'petir' dia keluar. Apa? Ingat Maktok tak garang ke? Kalau nak dibandingkan dengan arwah Tokba dengan Maktok, Maktok lagi garang!

    Lagi satu Maktok memang kuat membebel. Cuba kalau aku ada buat salah sikit? Mahu dua jam dia berleter dekat aku. Taik telinga aku ni boleh cair dengar leteran dia.

    Tapi aku akan terselamat bila Tokba ada. Tokba akan tegur Maktok dengan lembut je. Terus Maktok berhenti berleter. Jadi apa-apa sikit, Tokba lah jadi hero aku!

    Bercakap tentang Tokba? Hmm rindunya Sha dengan Tokba. Masa balik kampung hari tu, aku tak berkesempatan nak ziarah kubur Tokba, Ibu dan Abah. Aku rindu nak belajar silat dengan Tokba, walaupun aku hanya belajar main-main je waktu tu. Tapi dia tetap ajar aku. Rindu nak dengar nasihat Tokba bila aku tengah down.

    Lepas arwah abah aku meninggal, Tokba lah yang gantikan tempat abah. Dia lah yang jaga aku. Dia lah yang bimbing aku sampai aku jadi orang yang berguna sekarang ni.

    Aku bangun dari baringan dan duduk di birai katil. Rambut aku yang serabai akibat aku berguling-guling di katil tadi aku rapikan. Rambut aku yang mula panjang itu aku sanggulkan.

     Aku rimas sebenarnya dengan rambut panjang ni. Kalau boleh aku nak potong macam rambut Dora tu. Tapi macam yang aku pernah cakap kepada Fiya.

    Maktok tak bagi!

    Maktok kata sayang, rambut dah elok panjang, nak dipotong buat apa?

    Bila aku cakap rimas dan panas apabila berambut panjang, Maktok akan cakap...

    "Neraka lagi panas."

    Astaghfirullahalazim... Terasa insaf sekejap. Selepas dari perkara itu, terus aku tak sentuh soal rambut.

    Aku bangun dan keluar dari bilik. Karang kalau aku tak keluar, tu. Mak nenek yang dekat luar tu nanti membebel. Aku tak tahu lah. Rasanya, penyakit membebel Maktok dah terkena dekat Fiya kot.

     Sebaik sahaja aku tiba di dapur, hidung aku terbau sesuatu yang enak.

    Uih, mak nenek tu masak apa pagi-pagi ni? Rajin betul. Jarang mood rajin Fiya ni nak datang.

    Aku mengintai hidangan di atas meja.

    Mak oii! Ini untuk sarapan ke untuk makan tengah hari terus ni?

    Mana aku tak terkejut? Awal pagi dah masak nasi, lepas tu ada beberapa jenis lauk pauk.

    Fiya pula aku lihat sedang sibuk mengacau sesuatu di kuali.

   Apa lagi yang dia masak tu? Nak panggil jiran-jiran datang ke apa?

   "Kau mimpi apa masak pagi-pagi hari ni?" tegur aku.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now