Bab 37 | Gayat

914 38 1
                                    

   SEPERTI yang dikatakan oleh Qash, kami berdua bakal pergi bercuti atau yang Qash selalu sebut-sebutkan iaitu honeymoon. Dan hari itu ialah hari ini.

   Qash menarik beg roda keluar dari rumah. Aku membuntuti dari belakang. Ya, aku cadang bawak satu beg je. Baju aku dengan Qash disumbat sekali dalam beg roda itu. Senang.

   Aku mengunci pintu utama manakala Qash pula meletakkan beg roda itu di dalam bonet keretanya.

   Aku membetulkan kedudukan tudung bawal supaya menutupi bahagian dada. Oh, hari ni aku hanya mengenakan baju blaus berwarna putih, seluar jeans hitam dan tudung hitam. Berani gila kan? Pakai baju warna putih. Nanti kalau terkena apa-apa pada baju aku, aku hanya mampu redha jelah. Dah aku yang nak sangat pakai.

   Qash juga sedondon dengan aku hari ini. Dia mengenakan baju hoodie berwarna putih, berseluar hitam dan juga memakai baseball cap warna hitam.

   Entah lah, bila dia berpakaian begitu, aku nampak dia seperti budak-budak remaja pulak. Sangat santai dan yang penting, hot!

   "Saya tahu lah saya ni handsome, tapi jangan tenung saya lama-lama macam tu. Rasa nak gugur iman ni." sampuk Qash tiba-tiba.

   Aku yang lihat dia mula tersengih itu pantas memberi jelingan maut. Susah jugak ada suami masuk air ni, semua benda nak cakap lepas!

   Aku pantas melangkah masuk ke dalam perut kereta. Qash juga melakukan hal yang sama. Kemudian kereta mula bergerak menyusuri jalan raya.

   Setelah perjalanan yang mengambil masa selama satu jam lebih itu, akhirnya kami tiba di lokasi yang dituju.

   Sebaik sahaja tiba di lokasi, aku sedikit terlopong melihat lokasi percutian yang dipilih oleh Qash.

   Okay, aku rasa nak menjerit sekarang ni.

   Tak, aku tak gila lagi. Masalahnya tempat ni cantik sangat! Kenapa aku tak pernah tahu wujudnya tempat macam ni?

   "Apa nama tempat ni?" soalku teruja. Bibir ni tak payah cakap lah, dari tadi asyik senyum je!

   Qash mengukir senyuman nipis.

   "Colmar Tropicale."

   Aku angguk mengerti. Mata aku kembali memandang panorama sekeliling. Sumpah aku dah mula suka dengan tempat ni!

   Selepas kereta di parking, kami menuju ke sebuah hotel.

   Tak, yang buat aku rasa kagum tu, hotel dekat sini pun reka bentuk dia cantik!

   Aku sempat lah google pasal tempat ni lepas Qash bagitahu nama lokasi ni.

   Mengikut pencarian aku, rekaan bangunan-bangunan ni di sini seakan-akan sama seperti perkampungan Perancis iaitu Colmar Village Alsace. Ianya perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

   Dan memang sekarang ni aku terasa macam dekat luar negara! Pandai betul diorang bina bangunan macam ni. Semua macam tersusun elok je.

   Kami berehat sebentar di hotel sebelum keluar mengisi perut. Ya, dua-dua orang perut tengah lapar sekarang ni, tapi badan pun penat jugak.

   Setelah hampir setengah jam berehat, aku dan Qash mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Sambil-sambil tu boleh cari kedai makan berhampiran.

   Kami berjalan sambil berpegangan tangan. Di leher aku tergantung kamers kesayangan aku. Apa kau ingat aku nak tinggal kamera ni? Lambat lagi!

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now